|
View: 342|Reply: 8
|
[Lain-Lain]
LUPA DARATAN
[Copy link]
|
|
|
Lupa Daratan ni sebuah filem drama komedi yang ditulis dan diarahkan oleh Ernest Prakasa... Sebelumnya Ernest pernah menjadi pengarah dan penulis filem Cek Toko sebelah, Ngenest, Imperfect... Filem Lupa Daratan bercerita pasal Vino Agustian (Vino G. Bastian), seorang pelakon pemenang anugerah yang sangat sombong dan angkuh yang tiba-tiba kehilangan kebolehan lakonannya ketika dia akan mendapat peranan besar, memaksanya untuk menghadapi kesombongannya dan menemui semula dirinya... Filem ini meneroka dunia hiburan, jangkaan orang ramai, dan perjuangan untuk mencari identiti sendiri...
Iols terbaca Ernest juga nak mengarahkan filem aksi bertajuk "Bandits of Batavia," sebuah adaptasi daripada buku komik Bryan Valenza... Filem ini menceritakan kisah penjenayah legenda di Batavia, yang diterbitkan oleh Beyondtopia... Adaptasi film komik "Bandits of Batavia" resmi diumumkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) 2025... Filem Ernest juga sekarang sedang tayang dekat Agak Laen: Menyala Pantiku!, dekat filem ni Ernest menjadi penerbit bersama Dipa Andika... Keduanya penerbit favorit Iols juga sebab banyak filem-filem bagus yang mereka terbitkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah tulis dekat benang filem Abadi Nan Jaya beberapa bulan lepas bahawa salah satu penulis ternama Indonesia, Dee Lestari, memposting foto bersama pihak Netflix... Ramai yang berharap salah satu novel dari Dee Lestari akan diadaptasi oleh Netflix... Ramai yang membuat spekulasi bahawa novel yang dimaksudkan adalah Aroma Karsa... Dan Iols sangat senang, speku tu benar...
Novel Aroma Karsa akan diadaptasi menjadi sebuah siris original Netflix... Adaptasi novel Aroma Karsa resmi diumumkan dekat program Netflix Creative Asia di Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) 2025... Tidak hanya satu novel karya Dee Lestari yang akan diadaptasi menjadi siris, tapi ada 3 novel, mantapppp... Ketiga novel tu antara lain Aroma Karsa, Rapi jali dan Perahu Kertas...
Adaptasi Aroma Karsa akan diarahkan oleh pengarah siris Gadis kretek, Kamila Andini... Adaptasi siris Rapi Jali akan diarahkan oleh pengarah filem Home Sweet Loan, Sabrina Rochelle Kalangie... Sementara pengarah untuk adaptasi novel Perahu Kertas belum didedahkan... Iols terbaca, Rapi Jali akan di produksi terlebih dahulu... Belum ade maklumat bila siris ni tayang... Tak sabar nak tunggu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak cuba citer sikit masing masing novel, mungkin ade yang berminat nak baca terlebih dahulu sebelum tengok siris adaptasi... Pertama, novel Perahu Kertas... Perahu Kertas ialah sebuah novel karya Dee Lestari yang pertama kali diterbitkan pada tahun 2009... Novel ini mengisahkan perjalanan dua watak utama, Kugy dan Keenan, yang terhubung melalui impian, seni, serta pertemuan yang tidak dijangka... Kugy ialah gadis unik yang bercita-cita menjadi penulis dongeng... manakala Keenan ialah pemuda berbakat yang ingin mengejar hidup sebagai pelukis... Kisah ini mengikuti liku-liku hubungan mereka, jatuh cinta, berpisah, mencari jati diri... dan akhirnya menyedari bahawa kebahagiaan sebenar muncul apabila seseorang berani mengikut suara hatinya... Perahu Kertas menjadi salah satu novel popular Indonesia yang menonjolkan perjalanan kreatif anak muda serta dinamika cinta yang matang...
Seiring dengan kejayaan novel tersebut di pasaran, novel ni kemudian diadaptasi menjadi sebuah filem... Dee Lestari sendiri terlibat dalam penulisan skrip filem ini... Filem ini kemudian diarahkan oleh Hanung Bramantyo dan ditayangkan pada tahun 2012... Watak Kugy dilakonkan oleh Maudy Ayunda... manakala Keenan dibawakan oleh Adipati Dolken, kedua-duanya menerima pujian kerana berjaya menghidupkan karakter ikonik daripada novel... Adaptasi ini bukan sahaja meningkatkan populariti novel Perahu Kertas... tetapi turut mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu karya sastera moden Indonesia yang berjaya merentas medium dan diterima luas oleh masyarakat...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah pernah bercerita pasal novel Aroma Karsa, Iols letak sini juga untuk sesiape yang nak baca ulang...
Novel Aroma Karsa membahas topik yang jarang disentuh iaitu indra penciuman... Ceritanya berkisar tentang pencarian sebuah tanaman mitos bernama Puspa Karsa... Tanaman ini memiliki aroma ajaib yang boleh mengendalikan kehendak manusia dan memberikan kekuatan kepada penggunanya sama ada untuk jadi kaya atau dicintai ramai tapi ia juga sangat berbahaya... Puspa Karsa menjadi fokus utama dalam perjalanan para watak utama dalam novel ni... Watak-watak dalam cerita ini memang menarik, ada seorang peniru parfum yang tinggal di tempat pembuangan sampah, seorang pemilik syarikat parfum yang kaya raya, seorang pelumba kereta, dan juga makhluk-makhluk ghaib... Setting cerita ni pun sangat menarik bermula dari zaman kerajaan Majapahit, ke tempat pembuangan sampah, Perancis, dan juga hutan ajaib dekat Gunung Lawu... Buku ini moleh menggabungkan hal yang saintifik, fantasi, sejarah, romance dan pengembaraan...
Kajian pengarang Dee Lestari terhadap novel Aroma Karsa adalah menyeluruh dan mendalam, merangkumi pelbagai aspek latar belakang cerita... Untuk mendalami tema haruman dan deria bau, Dee mengikuti kursus mengadun minyak wangi di Singapura melalui Nose Who Knows (gabungan Cinquième Sens, Perancis), dan menemu bual pengisar minyak wangi di Indonesia... Bagi menghidupkan watak Jati Wesi yang menetap di situ, Dee turut menjalankan penyelidikan secara langsung di Tapak Pengurusan Sisa Bersepadu (TPST) Bantar Gebang... Tambahan pula, untuk elemen fantasi dan mitologi pencarian Puspa Karsa, penyelidikannya termasuk mendaki Gunung Lawu, menemu bual penjaga, meneliti laluan, mengkaji Jawa Kuno, epigrafi Majapahit, dan melawat pengumpul orkid yang jarang ditemui... Keseluruhan proses penyelidikan didokumentasikan dengan baik, menunjukkan komitmen Dee Lestari untuk menggabungkan fiksyen, sains dan mitologi...
Dee juga menemu bual Ananda Mikola, seorang pelumba negara, sebagai sebahagian daripada proses penyelidikannya untuk memperincikan keperluan watak pelumba dalam novel itu... Ini menunjukkan kesungguhan Dee Lestari dalam membina latar belakang dan perwatakan, bahkan hingga ke perincian profesion tertentu, demi menganyam fakta kukuh menjadi fiksyen...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel ketiga Rapijali, novel Rapijali ini novel trilogi... Rapijali mengisahkan seorang remaja perempuan bernama Ping (Lovinka Alexander) yang tinggal bersama datuknya di kawasan pesisir Batu Karas... Ping mempunyai bakat muzik yang istimewa (pitch perfect / kebolehan untuk mengecam atau menamakan not muzik dengan tepat tanpa bantuan atau rujukan), namun sering merasakan dirinya kecil dalam dunia yang luas dan penuh kemungkinan... Kehidupannya berubah apabila Ping terpaksa berpindah ke Jakarta, memasuki sekolah baharu, dan berdepan cabaran yang membuka ruang untuknya mengenal potensi diri... Di kota itu, Ping bertemu rakan-rakan baharu dan bersama-sama mereka membentuk sebuah kumpulan muzik bernama Rapijali... Melalui kumpulan ini, Ping bukan sahaja mengembangkan bakat muziknya, tetapi juga belajar tentang persahabatan, keberanian, serta erti sebenar impian... Iols rasa senang ade siris macam ni, sebab citer ni tak hanya menghiburkan tetapi juga banyak mengandungi nilai moral yang baik untuk para remaja, terutamanya pasal kesihatan mental dan penerimaan diri...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel Rapijali turut menampilkan unsur muzik dalam penceritaan... Iols rasa Novel Rapijali juga menarik sebab dilengkapi dengan book sountrack... Dee Lestari memang bukan hanya seorang penulis novel, melainkan juga pembuat lagu ternama indonesia... Book sountrack Rapijali memang mebuat cerita menjadi lagi emosional... Iols harap siris macam ni boleh membuat remaja dan generasi mendatang mempunyai kecerdasan emosi yang lagi baik... Sepanjang perjalanan Ping dan rakan-rakannya, pelbagai konflik emosi, tekanan sosial, pencarian identiti dan cabaran kehidupan remaja menjadi inti pati cerita... Iols rasa cerita tak hanya menghiburkan tapi juga banyak pembelajaran... Semua cerita itu sedikit sebanyak tergambar dalam book sountrack Rapijali, belum ade maklumat siris Rapijali nak guna book sountrack ini ke tak...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols sertakan juga video pendedahan adaptasi siris Aroma Karsa, Raijali dan Perahu Kertas dekat program Netflix Creative Asia di Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) 2025... Sila kongsi like or subcribe dari masing-masing video dekat youtube jika merasa berminat sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kembali ke Lupa Daratan, Filem ini boleh menjadi hiburan menarik akhir tahun... Promo film ni memang sangat kreatif dan out of the box ahahaha... filem Lupa daratan akan ditayangkan di Netflix 11 Disember 2025...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|