|
View: 1138|Reply: 5
|
Pelancong warga India dikecam letak kaki ‘busuk’ atas kerusi bas
[Copy link]
|
|
|
BANGKOK – Seorang pelancong warga India menerima kecaman orang ramai selepas dirakam meletakkan kedua-dua kakinya yang berbau di atas tempat duduk hadapan semasa menaiki bas di Thailand, lapor portal berita Thaiger.
Ketika kejadian baru-baru ini, bas tersebut dalam perjalanan ke Phuket dari Trang.
Rakaman video seorang penumpang lain yang dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki terbabit menanggalkan kasut dan meletakkan kakinya di atas sandaran tempat duduk hadapan.
Meskipun banyak tempat duduk kosong dan hanya beberapa penumpang berada di dalam bas, perakam menyifatkan tingkah laku pelancong tersebut sebagai tidak beradab.
Perakam turut berkata, kaki lelaki tersebut mengeluarkan bau busuk sehingga mengganggu penumpang lain.
Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial Thai.
“Kaki berbau di dalam pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang lucu. Ia membuat orang sakit,” kata seorang netizen.
“Berikan dia buku tentang adab yang betul,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kalau bas brek mengejut (sampai bas pegun) memang sedap la kau terperosok bawah seat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Msia..tak menyempat dia buat pasti dah kena simbah ayaq... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga ada org Thai tangkap beliau dan keluarkan organ untuk pasaran gelap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak. iols terkena beberapa tahun lepas. dengan pasang lagu loud speaker high volume ya tuhan.. bingit telinga. nasib la bas tu 2-3 jam je. driver tegur pun tak jalan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|