CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 2

Suami baru meninggal, mentua kejam desak kahwin abang arwah... Halang balik rumah! - "Aku rasa lebih pada harta"

[Copy link]
Post time 26-11-2025 02:14 PM | Show all posts |Read mode
AI






SEORANG wanita kesal dengan sikap keluarga mentua kepada rakannya yang mendesak supaya dia berkahwin lain walau suaminya baru seminggu meninggal dunia.


Menurutnya, sejak hari pertama kematian suami, beberapa ahli keluarga mentua sudah memberi pandangan mengenai jodoh baharu buat rakannya yang merupakan seorang mualaf.


Mereka mencadangkan agar rakannya berkahwin pula dengan abang kepada arwah suami.


"Rasanya, majoriti kena belajar adab. Kawan saya tengah sedih, baru seminggu suaminya meninggal.


"Keluarga belah arwah dah sibuk 'cucuk-cucuk' pasal kahwin lain dengan abang arwah pula tu, alasannya sebab dah lama duda," kongsinya.




Wanita itu menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berhati perut memandangkan rakannya masih dalam keadaan sedih dan baru kehilangan insan paling disayangi dalam hidupnya.


"Ingat ni filem ke apa? Adab mana adab? Kawan saya ni dah tak ada mak ayah dan dia anak tunggal. Kalau bab sokongan, harapkan kawan-kawan je.


"Ikutkan nak je kami kawan-kawan bawa dia jauh dari situ. Walaupun sekejap tetapi dia masih dalam idah," katanya.  


Jelasnya, rakan-rakan kini bimbang keadaan mental wanita itu semakin terjejas akibat tekanan berterusan daripada keluarga mentua.


Tambahnya lagi, rakannya itu sebenarnya berhasrat kembali tinggal di rumah yang pernah didiami bersama arwah suami, namun dihalang mentua dengan alasan perlu melalui tempoh idah.


“Kami pun kadang-kadang nak tanya, mereka ini ingat kawan kami tiada perasaan ke? Arwah suaminya itu adalah segala-galanya. Itu keluarga pertama yang dia ada,” katanya.


Sementara itu netizen mendakwa punca keluarga mentua bertindak sebegitu tidak lain tidak bukan bagi memastikan harta anak mereka tidak jatuh kepada pihak lain.


"Orang kita ni suka sangat 'salin tikar'. Antara alasan supaya keturunan tu kekal dengan famili. Sebenarnya aku rasa lebih pada harta.


"Takutlah tu isteri dapat harta arwah dan kahwin dengan orang lain di luar famili arwah," antara komen netizen.




Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Money matters..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni anggap abang, tiba2 nak jd suami. Awkward
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.217334 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list