CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 164|Reply: 0

Cristiano Ronaldo makan malam bersama Trump

[Copy link]
Post time 20-11-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menghadiri jamuan negara Amerika Syarikat (AS) yang dihoskan Presiden Donald Trump di White House, lapor portal berita VnExpres.


Acara berprofil tinggi  sempena kunjungan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman itu menghimpunkan kira-kira 200 tetamu di East Room, ruang terbesar di White House kelmarin.


Ronaldo yang kini bermain untuk kelab bola sepak Arab Saudi, Al Nassr membuat kemunculan awam pertama di AS sejak 2016.


Para hadirin terdiri daripada tokoh perniagaan, ahli politik dan individu berpengaruh seperti bilionair Elon Musk.


Ronaldo yang mengenakan tuksedo hitam bersama ‘bow tie’, segera menarik perhatian  tetamu.


Trump memuji bintang tersebut dalam ucapan beliau, sambil menyatakan, anak lelakinya yang berusia 19 tahun, Barron, merupakan peminat setia Ronaldo.


“Barron dapat bertemu dengannya. Saya rasa dia kini lebih menghormati bapanya, hanya kerana saya memperkenalkan kamu (Ronaldo) kepadanya,” kata Trump.


Kali terakhir Ronaldo bermain dalam perlawanan di AS ialah pada Ogos 2014  ketika mewakili Real Madrid. Kelab tersebut  kalah 1-3  menentang Manchester United di negeri Michigan dalam perlawanan yang dihadiri lebih 109,000 penonton. – AGENSI


Sumber :-  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:32 PM GMT+8 , Processed in 1.919151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list