CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 4

Oh Young Soo terlepas hukuman penjara, dibebaskan daripada tuduhan serangan tidak senonoh

[Copy link]
Post time 12-11-2025 12:27 PM | Show all posts |Read mode





PELAKON veteran Korea Selatan, Oh Young Soo akhirnya dibebaskan daripada tuduhan serangan tidak senonoh selepas mahkamah rayuan membatalkan sabitan terdahulu terhadapnya.


Keputusan itu dibuat pada Selasa oleh Mahkamah Daerah Suwon, Bahagian Jenayah 6-1 (Rayuan), yang memutuskan untuk mengetepikan hukuman sebelum ini dan membebaskan Young Soo, 81, daripada semua pertuduhan termasuk mencabul pelakon wanita.


Young Soo sebelum ini didakwa memeluk dan mencium pipi seorang pelakon wanita, dikenali sebagai ‘A’, tanpa kebenaran ketika mereka berada di Daegu bagi pementasan teater pada Ogos 2017.


Sebulan kemudian, dia sekali lagi didakwa melakukan perbuatan sama terhadap wanita berkenaan di hadapan kediamannya.


Kes tersebut mula mendapat perhatian pada Disember 2021 selepas mangsa membuat laporan polis.


Walaupun siasatan awal tidak diteruskan untuk pendakwaan, rayuan yang dibuat oleh mangsa menyebabkan Pejabat Pendakwa Raya Daerah Suwon di Seongnam membuka semula kes berkenaan sebelum Young Soo didakwa tanpa tahanan pada November 2022.


Dalam perbicaraan pertama, mahkamah mendapati Young Soo bersalah berdasarkan keterangan mangsa dan menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan serta mengarahkannya menjalani 40 jam program rawatan keganasan seksual.







Kedua-dua pihak Young Soo dan pendakwa raya kemudian memfailkan rayuan dengan pihak pendakwa menuntut hukuman penjara selama setahun.


Ketika sesi terakhir perbicaraan rayuan, Young Soo meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang dihadapinya namun tetap menegaskan dirinya tidak bersalah.


“Pada usia ini, saya malu berdiri di hadapan mahkamah. Jika perbuatan saya dahulu dianggap salah dan satu jenayah saya akan menerimanya.


"Tetapi saya masih percaya tiada apa dalam tindakan saya yang boleh dikategorikan sebagai serangan tidak senonoh.


"Kehidupan 80 tahun saya musnah. Ia menyakitkan dan kosong. Saya hanya berharap dapat kembali ke tempat saya yang sebenar,” katanya.


Selepas meneliti segala keterangan yang diberikan, mahkamah rayuan membatalkan sabitan berkenaan dan membebaskan Young Soo daripada semua pertuduhan.




Sumber – mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 11:27 AM | Show all posts
huwaa, tgk muka atok ni dlm series tu pun seriau, rasa mcm pervert. x kesian lgsg iols kat dia dlm series tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:45 PM | Show all posts
Mcm pernah tengok org tua kutuk ni laa rupanya 001
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 pun gelenyar
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Good for him
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.045395 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list