|
View: 760|Reply: 9
|
[VIDEO] Apa amalan polis sampai pemandu X70, Myvi tidak nampak
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Tindakan dua pemandu kereta yang membuat pusingan U di kawasan tidak sepatutnya walaupun ada kelibat polis trafik di situ membuatkan netizen geli hati.
Kejadian dipercayai di Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @padinkopibatukawan, kelihatan sebuah Proton X50 dan Perodua Myvi masing-masing ditahan selepas bersusah payah membuat pusingan U di kawasan itu ditahan polis trafik.
Menurut video, Proton X50 dilihat membuat pusingan hingga mengganggu laluan kenderaan lain tanpa menyedari sebuah kereta polis trafik berada di belakangnya dan diberhentikan sejurus selesai membuat pusingan.
Dalam rakaman seterusnya kira-kira 10 minit kemudian, sebuah Perodua Myvi turut melakukan pusingan U di tempat yang sama dan menerima nasib serupa.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan kejadian itu.
“Ada hadiah rupanya kalau buat pusingan U di situ,” komen @defacto773
“Terbaik polis trafik Seberang Perai Selatan, tegas bagi teguran dekat pesalah lalu lintas,” kata Muhd Hafizzul.
“Apa lah amalan polis tu eh sampai pemandu Myvi tidak nampak,” kata Cik Hanie.
Sumber: - KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah common sgt buat sala kat tempat sama, mmg x nampak polis pon |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa buat tu, tu yang langsung tak perati traffic |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
well.......not today yach
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok polis ronda2 sokmo..
Kalau kat kl tu.
Kat federal hiway tu..haruuu....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Luculah. Rupa-rupanya ada seorang polis menunggu di persimpangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jenis selfish... masa dia terpaling beharga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHA. puasnya hati! saman dia 500 bang. ko jgn bagi dia diskaun saman trafik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|