CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 535|Reply: 5

[Lain-Lain] RANGGA & CINTA - REMAKE ADA APA DENGAN CINTA

[Copy link]
Post time 6-11-2025 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 6-11-2025 10:37 AM




Rangga & Cinta is a 2025 Indonesian teen musical film directed by Riri Riza. It is remake of Rudi Soedjarwo's 2002 film What's Up with Love?. The film stars El Putra Sarira and Leya Princy in their feature film debuts as the two titular roles.

The film had its world premiere at the 30th Busan International Film Festival on 18 September 2025. It was released theatrically in Indonesia on 2 October 2025.

Set in 2001, Rangga & Cinta follows Cinta, a popular high school student who becomes interested in Rangga, an introverted student who wins the school's poetry contest. Then, she begins to develop feelings for him.

Production - Following the release of Ada Apa Dengan Cinta? 2 in 2016, director Riri Riza hinted at the possibility of a third installment. In May 2024, producer Mira Lesmana stated that the idea of a musical remake was conceived during the COVID-19 pandemic, initially envisioned as a series. An open casting took place in June 2024. Nicholas Saputra, who portrayed Rangga in the original film, served as a producer on this film, marking his feature producing debut.

In February 2025, the cast of the film was announced. Riza revealed that the casting process lasted six months. Principal photography concluded in March 2025.

Cast
  • El Putra Sarira as Rangga
  • Leya Princy as Cinta
  • Jasmine Nadya as Alya
  • Katyana Mawira as Milly
  • Kyandra Sembel as Maura
  • Daniella Tumiwa as Karmen
  • Rafly Altama as Mamet
  • Rafi Sudirman as Borne
  • Faris Fadjar as Borne's Gang
  • Ben Prihadi as Borne's Gang
  • Albian as Borne's Gang
  • Joseph Kara as Yusrizal
  • Hakim Ahmad as Mr. Wardiman
  • Irgi Fahrezi as Cinta's Father
  • Anita Rahayu as Cinta's Mother
  • Yosep Anggi Noen as Mr. Taufik
  • Boris Bokir as Limbong
  • Gerald Situmorang as Rama
  • Andovi da Lopez as basketball referee
  • Yaneke Anggoro as Alya's Mother
  • Keenan Avalokita as Rangga's deskmate
  • Tika Gandrung as Librarian
  • Robinsar Simanjuntak as Airport Security


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2025 02:37 PM | Show all posts
Iols rasa, satu ayat yang paling tepat untuk menggambarkan filem Rangga dan Cinta adalah nostalgik...

Filem Rangga Cinta sangat kuat dengan nuansa nostalgia, terutamanya kerana penggunaan lagu-lagu dari filem sebelumnya, AADC... Lagu-lagu tersebut sangat sinonim dengan kedua-dua filem AADC, baik yang pertama mahupun yang kedua, sehingga apabila lagu-lagu itu dimainkan semula dalam Rangga Cinta, secara automatik kita merasai kesan Music-Induced Nostalgia...

Music-Induced Nostalgia merujuk kepada perasaan nostalgia yang dicetuskan oleh muzik... Muzik sering digunakan untuk membangkitkan kenangan masa lalu, dan sering kali disertai dengan perasaan sentimental atau bahkan melankolik... Lagu-lagu dari masa lalu memiliki kekuatan yang luar biasa dalam membangkitkan kenangan dan perasaan nostalgia... Selain muzik, filem ini juga mengambil latar masa di Jakarta tahun 2001, dengan seting tempat dan kostum yang sangat mencerminkan era tersebut, yang semakin memperkuat pengalaman nostalgia sinematik...

Nostalgia sinematik sendiri merujuk kepada perasaan nostalgia yang dicetuskan oleh elemen-elemen dalam filem, sama ada visual, muzik, atau bahkan jalan cerita... Konsep ni menggambarkan bagaimana elemen-elemen dalam sinema boleh mengingatkan kita kepada kenangan atau perasaan tertentu yang berkait dengan masa atau budaya tertentu... Filem mempunyai kuasa unik untuk merangsang memori episodik kita, kenangan peribadi mengenai peristiwa atau pengalaman tertentu melalui pelbagai elemen seperti gambar, warna, muzik, dan cerita...
Apabila kita menonton filem, otak kita secara automatik menghubungkan elemen-elemen yang kita lihat dan dengar di layar dengan kenangan yang tersimpan dalam memori episodik kita... Inilah yang menyebabkan kita merasa terhubung dengan momen-momen tertentu di masa lalu apabila menonton filem Rangga Cinta...

Berbicara mengenai memori, terdapat dua jenis utama memori dalam psikologi: memori semantik dan memori episodik...

Memori semantik berkaitan dengan pengetahuan umum dan fakta-fakta yang kita pelajari, seperti mengetahui bahawa ibu kota Malaysia adalah Kuala Lumpur atau bahawa 2+2=4... Memori semantik ini bersifat lebih abstrak dan tidak terikat pada waktu atau tempat tertentu...

Memori episodik, sebaliknya, adalah kenangan yang berkaitan dengan pengalaman peribadi kita yang berlaku pada waktu dan tempat tertentu... Memori episodik ini lebih emosional dan sering disertai dengan perasaan yang kuat, membolehkan kita mengingati peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih jelas dan mendalam... Kedua-dua jenis memori ini bekerjasama untuk membantu kita mengorganisasi dan menyimpan informasi serta pengalaman hidup kita...

Dengan itu, filem seperti Rangga dan Cinta bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, tetapi juga sebagai alat yang berkesan untuk mencetuskan memori episodik kita, membangkitkan kenangan, dan membolehkan kita merasai semula perasaan yang telah lama kita simpan... Mungkin sesiape yang nak mengingat masa masa remaja masa tengok AADC dahulu mungkin boleh tengok filem ini... Untuk remaja sekarang pun cerita ni relevan karana cerita filem ini relateble juga remaja sekarang...



Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 03:03 PM | Show all posts
Sountrack lagu filem Rangga Cinta bertajuk sama "Rangga Cinta" yang dinyanyika Eva Celia dengan Bilal Indrajaya memberikan efek nostalgik yang kuat juga... Jika dengar lagu ni, ade rasa asing tapi familiar... Lagu ini memang lagu baru, tapi jika Uols perasan sebetulnya lagu ini merupakan gabungan dari dua lagu lama yang di satukan... Harmonik dan melodik lagu ini Iols rasa berasal dari lagu " Ratusan Purnama" (Theme Song AADC2 yang dinyanyikan Melly Goeslaw & Marthino Lio) dengan lagu "Ada Apa Dengan Cinta" (Theme Song first filem AADC yang dinyanyikan Melly Goeslaw & Erick Erlangga)... Jika Uols ade memori episodik masa filem AADC, mungkin lagu Rangga Cinta sikit banyak boleh bawa sensasi, perasaan dan kenangan masa-masa tengok filem AADC... Jika tengok watak Rangga dengan Cinta dan dengar lagu ini memang ade rasa jeles dan rasa ingin nak putar ulang masa balik ke masa masa remaja...





Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 03:31 PM | Show all posts
Mendengar lagu itu memang membuatkan Iols sukar untuk melepaskan diri dari kenangan yang terbit dalam memori episodik ahahaha... Memang mungkin agak tidak realistik untuk menginginkan mengulang kembali ke masa remaja, namun sedikit sebanyak, filem ini berjaya menghidupkan semula kenangan dan sensasi perasaan yang kita rasakan ketika zaman remaja... Jadi, bagi sesiapa yang ingin sejenak melarikan diri dari realiti dan bernostalgia dengan masa remaja, filem Rangga Cinta mungkin boleh menjadi pilihan yang sesuai... Untuk generasi kini mungkin akan suka juga filem Rangga Cinta, banyak elemen klasik daripada filem asal yang tetap terasa segar dan relevan dengan generasi kini...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2025 08:48 AM | Show all posts
sapa dah tgk? promo byk tul
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 04:38 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 5-12-2025 08:48 AM
sapa dah tgk? promo byk tul

Iols rasa movie ini sudah tak ade dekat pawagam... If Iols tak silap, movie ni kolebo dengan production house Malaysia Primeworks Studios... maybe sebab tu promo filem ini banyak juga dekat Malaysia...

Iols rasa sekarang ni, memang semakin banyak kolebo antara perfileman Malaysia dan Indonesia, baik dari pelakon, pengarah, production house ataupun yang lainnya... Sekarang ni saja sedang meletop filem komedi lakonan Chew Kin Wah bertajuk Agak Laen: Menyala Pantiku! dekat pawagam Indonesia... Filem ni menjadi filem komedi dengan penonton opening week paling banyak sepanjang masa (3,1 juta orang dalam seminggu)... Ade juga filem lain yang dilakonkan pelakon Malaysia yang tayang di bulan ini, Gambit Syaifullah dekat Legenda Malin Kundang dan Syamin Freida dekat Air Mata Mualaf... Ade juga pengarah Malaysia Wi Ding Ho menjadi pengarah filem Indonesia-Singapura bertajuk Esok Tanpa Ibu (Mothernet), filem ni tayang Januari tahun depan... Skop Production juga nak meremake filem Munafik ke dalam versi Indonesia... Harap semua filem ni mendapat sambutan yang baik dari penonton...

Jika minat filem remaja dengan banyak lagu, maybe boleh tunggu juga siris Rapi Jali dekat Netflix... Maybe Iols buka benang secara terpisah...

Maaf OT sedikit... Saya ingin mengucapkan turut berdukacita kepada semua mangsa bencana banjir, baik di Indonesia mahupun Malaysia... Semoga semua diberikan kekuatan, ketabahan dan kelancaran dalam menghadapi segala urusan... Stay safe everyone...

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066480 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list