CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1524|Reply: 10

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sahut cabaran Spartan Malaysia

[Copy link]
Post time 22-10-2025 10:43 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR – Ketahanan mental dan fizikal Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil terus menjadi tumpuan apabila menggalas cabaran pada Spartan Race Malaysia minggu lalu.


Pada usia 55 tahun, baginda membuktikan bahawa ia sekadar angka apabila berjaya menamatkan perlumbaan tersebut dengan penuh bergaya walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan mencabar.


Bagi Tuanku Lailatul Shahreen yang sudah menyertai acara tersebut sejak 2016, Spartan Race bukan sekadar pertandingan fizikal tetapi turut menjadi medan untuk menguji keazaman serta karakter seseorang.








“Setiap perlumbaan itu memaksa diri kita untuk keluar dari zon selesa dan setiap kali menamatkan saingan, kita menjadi lebih kuat. Itulah semangat Spartan, berani menghadapi halangan dan tidak pernah menyerah kalah.


“Saya suka mencabar diri sendiri dan membuktikan bahawa usia hanyalah angka. Kecergasan memberi tenaga serta menguatkan minda, jadi saya harap perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” titah baginda.


Dalam pada itu, baginda turut menjelaskan, ada beberapa halangan cukup mencabar sepanjang perlumbaan di Gamuda Cove itu, terutamanya halangan yang memerlukan kekuatan bahagian atas badan.


“Halangan seperti Sandbags, Slip Wall, The Bender, Tyrolean Traverse dan Stairway to Sparta sentiasa mencabar bagi saya. Bagaimanapun, itulah keindahan Spartan kerana anda tidak perlu sempurna, cukup hanya berikan yang terbaik.


“Saya percaya acara seperti ini mampu menyatukan rakyat. Anda akan lihat rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang saling memberikan sokongan dan inilah semangat yang kita perlukan,” ujar Tuanku Lailatul Shahreen.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2025 08:56 AM | Show all posts
hmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 09:42 AM | Show all posts
achik likes her...always smile..
cute tunku...patik lurveeeee ~
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 11:54 AM | Show all posts
Hoola replied at 23-10-2025 09:42 AM
achik likes her...always smile..
cute tunku...patik lurveeeee ~

kan me also likes her. so humble.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 09:47 PM | Show all posts
lama tak pi IG
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 07:23 PM | Show all posts
Teybeh nampak lebih sopan drpd bini ex-doktor acah sado.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2025 04:53 PM | Show all posts
Sazreena replied at 24-10-2025 07:23 PM
Teybeh nampak lebih sopan drpd bini ex-doktor acah sado.

sapo noks?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayahnya kaya giler yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2025 05:45 PM | Show all posts

Halaaahh..yg skang ni influencer kalau buat caption wajib ada 'terduduk' tu laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
PinkyPie replied at 28-10-2025 04:42 PM
Ayahnya kaya giler yer

Spill the tea please kenapa ayah dia kya giler
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ot jap. Kalau dulu maraton. Sekarang sibuk flex hyrox.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.614134 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list