CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 3849|Reply: 66

[Jenayah] 'Mak guard' (Nor Aleeya Suhadah Mohamad) dan kekasihnya (Muahmad Mohd Mohtar) didakwa, cabul murid tahun 3 dalam tandas sekolah hingga murid jalan kengkang

[Copy link]
Post time 11-10-2025 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 14-10-2025 12:09 PM



Cabul murid dalam tandas sekolah, pengawal keselamatan, kekasih ditahan
Oktober 10, 2025 @ 2:05pm

Rembau: Pengawal keselamatan wanita dan kekasihnya ditahan polis selepas disyaki terbabit mencabul seorang murid perempuan tahun tiga di tandas sebuah sekolah di daerah ini, Selasa lalu.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada ibu mangsa mendakwa anaknya yang berusia sembilan tahun itu dirogol ketika ke tandas sekolah berkenaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan di

sekitar daerah Rembau pada malam Selasa susulan laporan dibuat.


"Lebih kurang jam 8 malam Selasa lalu, laporan polis dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuan yang belajar di sebuah sekolah kebangsaan di sinin dirogol seorang lelaki.

"Kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam tandas sekolah itu jam 9.30 pagi ketika murid berkenaan pergi ke tandas untuk membuang air," katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, dalam kes ini terdapat tangkapan seorang wanita berusia 22 tahun iaitu pengawal keselamatan sekolah berkenaan dan seorang lelaki berumur 25 tahun yang juga teman lelaki wanita itu.

"Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ), Seremban untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kejadian rogol berlaku dan disyaki cubaan rogol," katanya.

Ujar beliau, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 8 Oktober hingga 14 Oktober depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Hasil siasatan mendapat tiada unsur rogol berlaku terhadap mangsa. Bagaimanapun, mangsa didapati dicabul ketika di dalam tandas sekolah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2025 11:53 AM | Show all posts
Edited by Friska at 14-10-2025 12:27 PM


Pasangan kekasih, Muahmad Mohd Mohtar, 25 dan Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pengawal keselamatan sekolah dan kekasih didakwa cabul murid perempuan dalam tandas
Oktober 14, 2025 @ 11:33am

Seremban: Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun tiga, minggu lalu.

Tertuduh, seorang jurukimpal, Muahmad Mohd Mohtar, 25, dan teman wanitanya yang juga pengawal keselamatan sekolah, Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kedua tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Kejadian itu berlaku antara 9.30 hingga 10.30 pagi di tandas murid perempuan sebuah sekolah rendah di Rembau pada 7 Oktober lalu.



Berikutan itu, kedua tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sekiranya disabitkan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 terhadap setiap tertuduh termasuk tiga syarat tambahan.

Muahmad yang tidak wakili peguam berkata, dia bekerja sendiri dan akan dijamin abangnya yang hadir di mahkamah.



Peguam Nor Fazrin Jamal yang mewakili Nor Aleeya Suhadah pula memaklumkan anak guamnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,700 sebulan.

Menurutnya, tertuduh juga menanggung ibu bapa yang mempunyai penyakit darah tinggi serta empat adik yang masih bersekolah dan meminta jaminan sebanyak RM10,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan syarat perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan pada 17 November ini.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga kena laknat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Salahkan ibubapa!!

Takleh salahkan muntri.. kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 07:17 PM | Show all posts
Edited by silance at 11-10-2025 07:18 PM

Rembau: Pengawal keselamatan wanita dan kekasihnya ditahan polis selepas disyaki terbabit mencabul seorang murid perempuan tahun tiga di tandas sebuah sekolah di daerah ini, Selasa lalu.

Pada fahaman aku boipren is outsider, girlpren guard sekolah. Apa punya bodoh bawa boipren masuk kawasan nak merogol budak.

Masa kes arwah Zara, pembangkang meloncat-loncat sebab nak kaitkan menteri & keluarga. Akibatnya Fadlina jadi mangsa. Kat YT bukan main lagi penyokong-penyokong  siap edit rupa & suara jadi hantu. Now kalu perogol ialah anak tak menjadi takda kaitan dengan orang politik how? Kalu sekolah teremployed guard gila how? Pun salah Fadlina ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2025 07:18 PM | Show all posts
Edited by Friska at 12-10-2025 01:04 AM







Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2025 07:34 PM | Show all posts
Edited by Friska at 11-10-2025 07:53 PM


Pasangan kekasih noda murid sekolah di tandas ditahan
Oleh NOR AINNA HAMZAH
9 Oktober 2025, 7:43 pm

REMBAU – Sepasang kekasih termasuk pengawal keselamatan sekolah ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan kes gangguan seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan di tandas sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata, tangkapan dibuat beberapa jam selepas laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Chembong setelah anaknya berusia sembilan tahun menceritakan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa telah dibawa pulang datuknya dari sekolah berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi selepas mengalami masalah semput serta dibawa penjaganya untuk pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik.

“Ketika di klinik, bacaan oksigen mangsa menurun sedikit dan ujian urin pula mendapati terdapat kesan darah. Semasa di rumah, ibu mangsa bertanyakan mengenai urin berdarah itu dan mangsa memaklumkan telah mengalami gangguan seksual di tandas pada 7 Oktober lalu.

“Ibu mangsa segera membuat laporan dan tangkapan membabitkan seorang wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah dan seorang lelaki berusia 20-an telah dibuat pada malam yang sama,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 14 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
2-2 muka indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kalia++k betul pelaku... rosak mental adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 08:10 PM | Show all posts
banyak pula kes berat dsekolah akhir2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat jepun dah lama dah menteri letak jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 09:26 PM | Show all posts

Kena check family tree 2 ekor ni mana asalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 10:14 PM | Show all posts
Friska replied at 11-10-2025 06:33 PM
Latest: Murid perempuan dirogol bergilir-gilir dalam tandas sekolah

Kalau saya tanya ada apa sama ...

Ko nak MIRIS ape nye
Bodo la.
X yah nak berangan indo sgt la.
Benci la aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 11-10-2025 08:10 PM
banyak pula kes berat dsekolah akhir2 ni..

Kan, baru je komen benang skolah menengah td, ada pulak kes skolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Babiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dah jadi dgn Negara ni ya?????

Banyak sangat kes rogol kat sekolah Dan kes bully.


Rasa nya internet elok kena sekat.

Budak budak terikut perangai shetan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ataupun masing masing yang ni buat amalan ilmu hitam untuk pelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 11-10-2025 11:08 PM
Apa dah jadi dgn Negara ni ya?????

Banyak sangat kes rogol kat sekolah Dan kes bully.

Tapi kes ni bukan budak yg merogol
Org dewasa yang buat hal
Nak masuk kawasan sekolah setau aku guard suh isi borang dan tulis nama kat buku
Tang pakwe dia bebas plak bergerak dlm kawasan sekolah.

Jadi kes ini harapkan pegar, pegar makan padi
Dia tak amanah dengan pekerjaan dia hingga menggugat keselamatan murid2 di sekolah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 11-10-2025 07:53 PM
2-2 muka indon

Muka Minangkabau ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2025 12:52 AM | Show all posts
Edited by Friska at 12-10-2025 12:54 AM

Ada apa sama pendidikan di Malaysia?

Dalam tenggang waktu yang dekat dan hampir setiap minggu ada berita miris dari sekolah atau perguruan tinggi di Malaysia!
@rina.vania
1. Zara - tewas
2. IKBN Miri

3. Murid jatuh lubang - tewas
4. Murid autis - tewas
5. Buli di ILP

6. Tragedi ragbi


Gimana ceritanya ini?



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2025 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlaku di sekolah??
Mohon menteri pendidikan letak jawatan!<---- dah ada ke belum rempanan inih?
Ntah mengapa hati akak ada sedikig waswas dan kelam dgn berita ini

Syukur laporan hospital kata tiada trauma r@pe
Moga anak kecil ini terpelihara

Manusia jahat harap disebat dalam lokap


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkui987bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 1775 Replies : 1
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 1113 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1516 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1515 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202371 Replies : 4038
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1923 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 2020 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.474452 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list