[Tempatan]
Murid tergantung dengan skaf pengakap digunakan sebagai tali gantung - Takiyuddin - Kes buli, murid autisme tahun 4 maut tergantung dalam tandas SKTTJ2!
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ditemui pada sidang media di Seremban. FOTO AHMAD HASBI.
Murid tahun 4 meninggal dunia di sekolah, punca kematian dalam siasatan
Oktober 1, 2025 @ 10:44pm
Seremban: Murid tahun empat ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Senawang, jam 1 tengah hari hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari sebelum pasukannya ke lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak ini meninggalkan kelas pada jam 12.10 tengah hari. Murid ini ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sekolah itu.
"Mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut namun disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas mengenai punca dan kronologi kejadian, Alzafny berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan dalam masa sama memberi tumpuan penuh terhadap emosi murid serta guru di sekolah terbabit.
"Sementara kita menunggu siasatan penuh kita akan memberi tumpuan penuh kepada proses psikososial dan sokongan emosi kepada pelajar dan guru di sekolah.
"Jadi mulai esok intervensi ini akan dilaksanakan secara menyeluruh oleh semua kaunselor kita di peringkat Negeri Sembilan untuk turun dan lihat.
"Kita juga mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya Pusat Kesihatan Mental untuk memberikan tumpuan kepada intervensi ini yang akan dilaksanakan secara berterusan," katanya ketika ditemui di Seremban.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang atau takut untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah kerana sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa.
Sementara itu, beliau juga turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu dan turut memohon pihak keluarga kanak-kanak terbabit diberi privasi serta ruang.
"KPM merakamkan takziah dan rasa sedih kita atas kejadian ini. Kita di peringkat KPM memberikan sepenuh sokongan kepada keluarga ketika ini dari segi sudut emosi dan psikososial," katanya.
Laporan berhubung kejadian pada Rabu. (Gambar kecil: Alzafny)
Punca kematian murid Tahun Empat disebabkan tekanan pada leher – Polis
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
02 Oktober 2025 08:54pm
SEREMBAN - Hasil bedah siasat ke atas murid lelaki Tahun Empat yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah rendah di Senawang pada Rabu mengesahkan punca kematian disebabkan tekanan pada leher.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, proses bedah siasat yang dijalankan pada Khamis turut mengesahkan tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa.
Menurutnya, setakat ini seramai 27 individu telah dirakamkan keterangan.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian serta keadaan semasa mangsa ditemui di dalam tandas.
“Polis menggesa agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus dan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan siasatan turut melibatkan saksi kanak-kanak,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh menjejaskan atau mengganggu proses siasatan.
Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa kes masih diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan bagi merungkai punca sebenar kejadian.
Pada Rabu, media melaporkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta oleh guru disiplin namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights pada malam ini.
Ringkasan AI
Hasil bedah siasat murid lelaki Tahun Empat yang meninggal dunia di tandas sekolah disebabkan tekanan pada leher
Tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa
Seramai 27 individu telah dirakamkan keterangan untuk siasatan
Polis menggesa ruang untuk siasatan telus tanpa spekulasi tidak berasas
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan, siasatan berterusan
IBU bapa murid tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah ketika hadir di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi.
Ibu murid tahun empat meninggal di sekolah hanya menangis ketika tunggu jenazah
Disiarkan pada: Oktober 2, 2025 @ 4:50pm
Rembau: Ibu kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah sukar menyembunyikan perasaan sedihnya.
Terdahulu, ibu bapa murid tahun empat itu tiba di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, jam 12.55 tengah hari.
Sebaik turun dari kenderaan, ibu kanak-kanak itu dilihat berjalan sambil menangis dibahu suaminya yang kelihatan cuba menenangkan diri sebelum masuk ke ruang menunggu.
Difahamkan, bedah siasat bermula kira-kira jam 1 tengah hari namun sehingga jam 4 petang, jenazah belum dibawa keluar dari unit berkenaan untuk dituntut keluarga.
Pihak sekolah, rakan dan saudara-mara dilihat datang ke unit berkenaan untuk bertanya khabar dan memberikan semangat kepada pasangan itu
Terdahulu, di Seremban pihak polis dilihat masuk ke sekolah berkenaan di Senawang, di sini, kira-kira jam 9 pagi dan sehingga jam 12 tengah hari, belum kelihatan kenderaan polis keluar.
Tinjauan di sekolah juga mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa selain beberapa kenderaan milik agensi berkaitan turut dilihat keluar masuk dari kawasan sekolah.
Sementara itu, datuk saudara kepada kanak-kanak berkenaan memaklumkan kemungkinan anak saudaranya itu tidak bersedia untuk bertemu dengan media kerana masih terkesan dengan kejadian itu.
Dia yang berusia 44 tahun berkata, arwah adalah anak ketiga daripada tiga beradik dan menyifatkan kanak-kanak seorang yang bijak serta menjadi kesayangan ibu bapanya.
Sebelum ini media melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian seorang murid di sebuah sekolah di Senawang di sini, tengah hari semalam, mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan iaitu buli melalui komunikasi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta.
Tekanan pada leher dalam kes jenayah biasanya merujuk kepada perbuatan menggunakan kekuatan fizikal ke atas leher seseorang, sama ada dengan:
Tangan (cekik/strangulasi)
Lengan (headlock/chokehold)
Alat/benda tumpul atau lembut (tali, kain, wayar, bantal, dll.)
???? Maksudnya, ia ialah tindakan menekan, mencekik, atau menghalang saluran pernafasan serta aliran darah pada leher mangsa.
Dari sudut perundangan jenayah, ia boleh dikategorikan sebagai:
1. Serangan (assault/causing hurt) – jika hanya menyebabkan kesakitan atau kecederaan ringan.
2. Mencederakan parah (grievous hurt) – jika menyebabkan kerosakan serius seperti patah tulang leher, kerosakan pita suara, atau kecederaan otak kerana kekurangan oksigen.
3. Cubaan membunuh – jika niatnya jelas untuk menyebabkan kematian (contoh: mencekik sehingga mangsa hampir pengsan).
4. Bunuh – jika mangsa mati akibat tekanan pada leher (strangulasi, throttling, hanging, smothering).
Dari sudut medikal forensik, kesan tekanan pada leher boleh termasuk:
Lebam atau kesan jari pada kulit
Patah tulang hyoid atau rawan tiroid
Pendarahan dalaman pada otot leher
Bintik pendarahan kecil (petechiae) pada mata atau muka kerana tekanan darah
Kesimpulannya, tekanan pada leher dalam kes jenayah bermaksud perbuatan mencekik atau menekan leher seseorang dengan sengaja, yang boleh membawa kepada kecederaan serius atau kematian, dan biasanya disiasat sebagai kes jenayah berat.
Takiyuddin mendakwa murid itu ditemukan tergantung dengan skaf pengakap.
Murid Tahun 4 maut dekat sekolah di Senawang: Takiyuddin dakwa miliki maklumat
Isnin, 13 Okt 202
AHLI Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin mendakwa beliau memiliki maklumat berhubung kes kematian seorang murid Tahun Empat di sebuah sekolah dekat Senawang, Negeri Sembilan awal Oktober lalu.
Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung Pas tersebut berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
"Satu kejadian kematian pelajar berusia 10 tahun, pelajar Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan. Saya dapat maklumat, pihak polis mendapati murid ini meninggal dunia di klinik setelah dibawa.
"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 503c iaitu kes buli. Saya mahu siasatan dibuat (berdasarkan) maklumat saya dapati (bahawa) pelajar ini ditemui mati atau ditemui dalam keadaan tergantung dengan skaf pengakap digunakan sebagai tali gantung," katanya.
Takiyuddin mendakwa beliau memperoleh maklumat itu, namun tidak mendedahkan sumber berkenaan dengan menjelaskan skaf berkenaan tersangkut di penyangkut baju tandas terbabit.
Malah, tambahnya lagi, guru di sekolah terbabit kemudian menurunkan murid berkenaan sebelum melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang bagaimanapun tidak berhasil.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa guru disiplin ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan, namun doktor yang merawat mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad pada 4 Oktober lalu berkata, keterangan dari 35 individu terdiri daripada pelajar, guru, petugas sekolah, doktor serta keluarga sudah direkodkan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut dilaporkan berkata, kementeriannya menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung kes itu kepada polis dan menegaskan ia akan dijalankan secara telus.
tebal muka si fadlina ni ye..kes by kes muncul.dia ttp dgn muka annoying .
ples step down.
pihak berkepentingan shj yg ko fikir..abis tu family mangsa..apa tindakan ko ?
sembang je lah kata sekolah selamat.ko x hadap situasi ..kes aircond rosak lah..air xde lah..peralatan uzur lah..ape peranan ko fadlina
Murid ditemui maut di sekolah, siasatan polis berkait unsur buli
Oleh Ahmad Hasbi - Oktober 2, 2025 @ 9:31am
SEREMBAN: Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang murid sekolah di Senawang, di sini, tengah hari semalam, ada kaitan dengan kes buli mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke klinik swasta.
"Kira-kira jam 1.19 tengah hari semalam, polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.
"Mangsa dihantar guru disiplin untuk menerima rawatan di klinik terbabit, namun doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Seksyen 507C Kanun Keseksaan digunakan untuk mendakwa kesalahan yang berkaitan dengan perbuatan buli, terutama membabitkan komunikasi yang mengancam atau menghina.
Media semalam melaporkan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa dan murid sekolah berkenaan akan diberikan sokongan psikososial dan diminta tidak bimbang untuk ke sekolah susulan kejadian itu.
Alzafny berkata, sejurus maklumat diterima, polis terus ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan dan mendapati mangsa dikatakan ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas lelaki di sekolah kebangsaan dalam daerah ini.
Beliau berkata, pada peringkat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan prosedur bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi menentukan punca kematiannya.
Justeru, katanya, polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden ini.