CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4193|Reply: 0

TUDM terima tujuh bot penyelamat dari Jepun bagi kegunaan PASKAU

[Copy link]
Post time 1-10-2025 05:58 PM | Show all posts |Read mode
TUDM terima tujuh bot penyelamat dari Jepun bagi kegunaan PASKAU

Oleh Bernama - Oktober 1, 2025 @ 3:02pm





‎Lokman (depan dua kanan) bersama Masro (kanan) dan Noriyuk (kiri) menunjukkan satu daripada bot yang diterima di Pangkalan Udara Jugra, Banting, hari ini. - Foto ihsan FB Tentera Udara Diraja Malaysia



‎SHAH ALAM: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima tujuh bot penyelamat JE-470 daripada Kerajaan Jepun bagi kegunaan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) di bawah ‎inisiatif Program Bantuan Keselamatan Rasmi (OSA).

‎TUDM dalam kenyataan memaklumkan perolehan itu mampu memperkukuh keupayaan operasi unit khas berkenaan di kawasan perairan negara dan meningkatkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan itu dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahan serta menjaga kepentingan tanah air.

‎"Bot ini mampu meningkatkan tahap mobiliti dan kecekapan anggota dalam melaksanakan Operasi Udara TUDM, Operasi Pasukan Khas dan Bantuan Kemanusiaan danPeredaan Bencana (HADR).

‎"Melalui inisiatif ini juga, kerjasama pertahanan strategik Malaysia-Jepun dapat terus diperkukuh. Penyerahan ini bukan sahaja membantu mempertingkat kesiapsiagaan pertahanan negara malah memperjelas komitmen Kerajaan Jepun dalam menyokong kestabilan serantau khususnya dalam aspek pemantauan maritim, kawalan sempadan dan operasi keselamatan," menurut kenyataan itu.

‎Bot berkenaan diserahkan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki kepada Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Masro Kaliwon, yang mewakili Panglima Tentera Udara, dengan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dalam satu majlis di Pangkalan Udara Jugra, Banting dekat sini hari ini.

‎TUDM turut memaklumkan menerusi OSA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah dan akan menerima beberapa peralatan secara berperingkat seperti kenderaan tanpa pemandu (UAV), bot penyelamat dan lori pembersih jalan.

‎Menurut kenyataan itu, UAV mula diserahkan kepada ATM secara berperingkat bermula 22 September lepas melibatkan Tentera Darat Malaysia (6 unit), Tentera Laut Diraja Malaysia (6) serta Markas ATM – Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (2).

‎"Mengimbas kembali, inisiatif ini bermula apabila Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 1 Disember 2023 bersetuju agar Kerajaan Malaysia menerima bantuan daripada Kerajaan Jepun dalam‎ bentuk geran bernilai 400 juta Yen (¥400,000,000) bersamaan RM12.63 juta.

‎"Bantuan ini adalah bagi pembelian peralatan bukan persenjataan di bawah program OSA.

"Susulan daripada keputusan tersebut, perjanjian Pertukaran Nota Diplomatik (EN) telah dimeterai pada 16 Disember 2023 antara Kerajaan Malaysia ‎dengan Japan International Cooperation System (JICS)," menurut TUDM.
‎– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/10/1452826/tudm-terima-tujuh-bot-penyelamat-dari-jepun-bagi-kegunaan-paskau





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.452495 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list