Edited by JoyahMengayah at 24-9-2025 08:21 AM
Terbaharu...........................................
“Satu sen pun tak bayar” – Bekas majikan sedia hantar notis bankrap kepada Rafidah Ibrahim
AHLI perniagaan Datuk Haris Embong meluahkan rasa kecewa apabila pelakon Rafidah Ibrahim masih gagal menjelaskan bayaran ganti rugi seperti yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes fitnah terhadap dirinya dan syarikat, Arisprop Holdings Sdn. Bhd.
Menurut Haris, 48, sehingga kini tiada sebarang usaha atau bayaran dibuat oleh Rafidah, meskipun keputusan kes telah dimuktamadkan sejak tahun lalu.
"Sejak kes selesai tahun lalu memang dia tiada jumpa atau hubungi saya.
"Satu sen pun tak bayar lagi daripada jumlah keseluruhan tuntutan yang sudah diperintahkan daripada mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar pada petang Isnin.
Berkongsi lanjut, Haris berkata tiada lagi ruang buat Rafidah sekiranya dia mahu mencari jalan penyelesaian.
Malah, Haris memberitahu dia akan menunggu sehingga Khamis ini bagi memberi peluang terakhir kepada Rafidah untuk memberikan maklum balas.
Jika tiada sebarang tindakan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil langkah seterusnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Rafidah Ibrahim diberi 7 hari bayar ganti rugi RM281,200 ARTIKEL BERKAITAN: Bekas majikan sedia maafkan, terbuka bersemuka dengan Fida Ibrahim
"Cukuplah saya beri dia peluang sebelum ini tapi dia tetap endahkan.
"Khamis ini penentu sama ada dia akan beri maklum balas notis yang peguam saya sudah serahkan ataupun tidak.
"Jika dia kekal berdegil, saya akan ikut saranan peguam untuk hantar notis bankrap pula," jelasnya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan Rafidah bersalah memfitnah Haris dan syarikatnya menerusi satu hantaran di media sosial pada tahun 2021.

|