CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 309|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Jefferson-Wooden rangkul gelaran pecut berganda dunia

[Copy link]
Post time 20-9-2025 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Jefferson-Wooden rangkul gelaran pecut berganda dunia

September 20, 2025 @ 9:47am




Melissa Jefferson-Wooden (tengah) meraikan kemenangan acara final 200m wanita bersama pemenang pingat perak, Amy Hunt dari Britain (kanan) dan pemenang gangsa, Shericka Jackson dari Jamaica pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Nasional Jepun, Tokyo malam tadi. – Foto REUTERS



TOKYO: Melissa Jefferson-Wooden muncul pelari wanita pertama sejak legenda Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce pada 2013 yang berjaya merangkul gelaran pecut berganda dunia selepas menjuarai acara 200 meter malam tadi.

Atlet berusia 24 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu menamatkan perlumbaan dengan masa 21.68 saat untuk kemenangan bergaya, meninggalkan pelari Britain, Amy Hunt di tempat kedua (22.14s) dan juara bertahan dua kali, Shericka Jackson dari Jamaica di tempat ketiga (22.18s).

"Dapat memenangi gelaran berganda ini sesuatu yang menakjubkan. Yang terakhir melakukannya adalah Shelly-Ann, ia amat bermakna," kata Jefferson-Wooden.

"Tidak ramai wanita melakukannya lagi, jadi untuk saya datang ke sini, merangkul kejuaraan berganda dan memenangi pingat emas amat istimewa."

Kemenangan Jefferson-Wooden juga menamatkan penantian panjang pelari AS dalam acara 200m sejak Allyson Felix kali terakhir melakukannya di Berlin pada 2009.

"Saya amat mengaguminya ketika membesar, jadi ini sangat bermakna," katanya.

Perlumbaan kali ini menyaksikan ketiadaan juara Olimpik, Gabby Thomas yang menarik diri kerana kecederaan dan pemenang perak Paris tahun lalu, Julien Alfred yang terpaksa menarik diri pada pusingan awal akibat masalah hamstring.

Jefferson-Wooden yang dibimbing jurulatih kontroversi, Dennis Mitchell tetap tenang menggalas status pilihan utama.

Malah dia tidak terganggu walaupun pelari veteran Bahamas, Anthonique Strachan dibatalkan penyertaannya kerana kesilapan di permulaan. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/09/1448270/jefferson-wooden-rangkul-gelaran-pecut-berganda-dunia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2025 10:06 AM | Show all posts
tahniah sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070464 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list