CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 194|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hamilton pacu harapan Ferrari di Monza

[Copy link]
Post time 5-9-2025 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Hamilton pacu harapan Ferrari di Monza

AFP - September 5, 2025 @ 11:35pm




Hamilton ketika sesi latihan bebas GP Itali. Foto: AFP



MONZA: Lewis Hamilton memberi harapan kepada penyokong Ferrari apabila mencatat masa terpantas dalam sesi latihan pertama Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza, hari ini.

Juara dunia tujuh kali itu merekodkan masa satu minit 20.117 saat (s), 0.169s lebih pantas berbanding rakan sepasukannya, Charles Leclerc, yang juga pemenang perlumbaan musim lalu di 'Temple of Speed' itu.

Walaupun masih belum meraih podium apatah lagi kemenangan sejak menyertai Ferrari musim ini, Hamilton, 40, menunjukkan peningkatan prestasi di hadapan penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun, Hamilton bakal dikenakan penalti grid lima petak hujung minggu ini selepas gagal memperlahankan kenderaan ketika bendera kuning dikibarkan dalam perlumbaan GP Belanda minggu lalu.

Pendahulu kejuaraan dunia, Oscar Piastri dari McLaren, tidak mengambil bahagian dalam sesi berkenaan apabila tempatnya diambil alih pelumba muda Ireland, Alex Dunne, yang ketinggalan hampir 1.5 saat di belakang Hamilton.

Rakan sepasukan Piastri, Lando Norris yang kini ketinggalan 34 mata dalam perebutan kejuaraan, mencatat masa keenam terpantas dengan catatan 0.904s lebih perlahan daripada Hamilton.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/09/1442749/hamilton-pacu-harapan-ferrari-di-monza





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046575 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list