CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5386|Reply: 0

TUDM teliti semua aspek dalam keputusan beli jet Hornet terpakai Kuwait

[Copy link]
Post time 26-8-2025 07:38 PM | Show all posts |Read mode
TUDM teliti semua aspek dalam keputusan beli jet Hornet terpakai Kuwait

Oleh Fuad Nizam - Ogos 26, 2025 @ 12:24pm




Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti setiap aspek sebelum membuat keputusan muktamad rancangan pembelian jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait. - Foto hiasan BERNAMA



KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang meneliti setiap aspek sebelum membuat keputusan muktamad rancangan pembelian jet pejuang F/A-18 Hornet terpakai dari Kuwait.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris, menolak dakwaan bahawa perjanjian itu telah dibatalkan, sambil menegaskan bahawa semua pertimbangan masih dalam proses penilaian.

"Kami sedang melihat kepada semua aspek sebelum membuat keputusan. Tarikh penghantaran, kos, penyelenggaraan, logistik – semua ini perlu diambil kira," katanya kepada New Straits Times.

Beliau berkata satu delegasi TUDM dijadualkan melawat Kuwait pada September sebagai sebahagian daripada proses penilaian.

Terdahulu, timbul laporan yang memetik sumber tidak dinamakan mendakwa perjanjian itu dibatalkan berikutan ketidakpastian mengenai tempoh penghantaran dan kos naik taraf yang tinggi.

AS benarkan Malaysia beli Hornet dari Kuwait
Sebelum ini, Amerika Syarikat telah memberi kelulusan terhadap cadangan Malaysia untuk memperoleh jet pejuang F/A-18 Hornet dari Kuwait. Bekas Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Asghar Khan Goriman Khan mengesahkan Washington telah memberi kebenaran yang diperlukan bagi perjanjian itu.

Perolehan yang dinanti-nantikan itu membabitkan kira-kira 30 Hornet, terdiri daripada F/A-18C (satu tempat duduk) dan F/A-18D (dua tempat duduk) yang kini digunakan Tentera Udara Kuwait.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata pesawat yang diperoleh Kuwait pada era 1990-an itu secara umumnya masih dalam keadaan baik.

Ketika lawatannya ke Kuwait pada Oktober lalu, Khaled turut menyatakan negara Teluk itu tidak mempunyai sebarang halangan terhadap hasrat Malaysia untuk memperoleh jet Hornet tersebut.

Ketika ini, aset pesawat tempur TUDM terdiri daripada F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM Flanker.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1438214/tudm-teliti-semua-aspek-dalam-keputusan-beli-jet-hornet-terpakai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.042848 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list