CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 201|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia dedah hadapi cabaran mental

[Copy link]
Post time 25-8-2025 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Zii Jia dedah hadapi cabaran mental

BERNAMA





ZII Jia mengalami kecederaan buku lali ketika menyertai Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu. FOTO ASWADI ALIAS



Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mendedahkan bahawa beliau melalui situasi 'sedikit kemurungan' sepanjang tempoh lima bulan tidak turun ke gelanggang susulan kecederaan dan ketidaktentuan mengenai kariernya.

Pemain berusia 27 tahun itu bakal membuat kemunculan semula minggu ini pada Kejohanan Dunia 2025 berlangsung di Adidas Arena Paris, iaitu venue sama (ketika itu dikenali Arena Porte de la Chapelle) menyaksikan beliau memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

"Sepanjang lima bulan itu… saya bukan sahaja berdepan kecederaan tetapi juga tekanan dan sudah tentu menghadapi sedikit kemurungan.

"Ini bukan sesuatu yang normal (berehat selama lima bulan). Saya pernah berada dalam situasi… saya mahu berhenti bermain kerana semua kecederaan dan perkara yang membelenggu saya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kecederaan seperti ini. Apabila ia berlaku saya terkejut dan tidak tahu apa perlu dilakukan," katanya seperti dipetik dalam artikel disiarkan di laman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Zii Jia mengalami kecederaan buku lali ketika menyertai Jelajah Dunia Akhir pada Disember lalu dan kembali beraksi dalam Masters Orleans pada Mac yang menyaksikan beliau tewas kepada wakil Ireland, Nhat Nguyen 21-23, 7-21 di suku akhir.

Pemain dari Alor Setar, Kedah itu kemudiannya beraksi pada kejohanan Seluruh England tahun ini, namun tersingkir pada pusingan pertama selepas tewas kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-19, 16-21, 12-21.

Juara Seluruh England 2021 itu menarik diri dari Terbuka Switzerland susulan kecederaan buku lali.

Sementara itu, Zii Jia berkata, dia sengaja mengasingkan diri daripada berita badminton dan gangguan di media sosial bagi mengatasi pergelutan dialaminya.

Dia memilih untuk melakukan sesuatu yang disifatkan 'perjalanan penyembuhan' merangkumi aktiviti membaca, mengembara secara solo, terjun udara di Dubai serta melawat muzium seni di Abu Dhabi.

"Saya juga mengembara untuk segarkan fikiran. Saya agak obses dengan seni. Saya sedar melalui seni mampu mengekspresikan perasaan kita, bukan sahaja sisi indah tetapi kadangkala sisi gelap juga. Sebab itu saya kongsikan gambar-gambar tersebut," katanya.

Pada Julai lalu, pemain itu memuat naik beberapa hantaran misteri (antaranya menampilkan imej kurang menyenangkan termasuk figura berjahit memegang jarum berlumuran darah), sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai maksudnya di sebaliknya.

Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-52 dunia akan membuka kempen Kejohanan Dunia berdepan wakil Korea Selatan Jeon Hyeok Jin.



Disiarkan pada: Ogos 24, 2025 @ 4:32pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/08/1256189/zii-jia-dedah-hadapi-cabaran-mental




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.043385 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list