CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1964|Reply: 8

RXZ Members 7.0: Turun poster #JusticeForZara cetus polemik

[Copy link]
Post time 24-8-2025 01:28 PM | Show all posts |Read mode





KUALA NERUS – Tular rakaman video memaparkan tindakan seorang individu menurunkan poster #JusticeForZara ketika berlangsungnya RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak di sini, semalam.


Video yang berdurasi 40 saat itu dikongsi dalam aplikasi media sosial dan menunjukkan individu berkenaan mengakui terpaksa berbuat demikian atas arahan pihak tertentu.


“Saya terpaksa turunkan poster #JusticeForZara atas arahan tertentu, ini benda yang sangat sensitif.


“Poster ini tidak boleh dipamerkan pada program ini, jadi saya mohon maaf semua. Nanti sama-sama kita naikkan balik. Apa pun #JusticeForZara,” katanya dalam video berkenaan.


Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati.







Seorang pengguna Facebook, Mohamad Hazrul mendakwa insiden itu menggambarkan banyak perkara tidak dapat dilakukan secara bebas di negara sendiri.


“Kita ni sudah macam negara luar, tak boleh nak buat apa dalam negara kita sendiri,” tulisnya.


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2025 03:22 PM | Show all posts
memalukan je... takkan poster macam tu pn jd isu? apa yang kerajaan takutkan sangat? event RXZ kali ni tak best... tak seperti event sebelum2 ni. tahun depan tak payah la buat kat Terengganu lagi... negara ni pun dah hilang hak untuk bersuara & sistem perundangan yang tak telus..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2025 03:44 PM | Show all posts
Hatida replied at 24-8-2025 03:22 PM
memalukan je... takkan poster macam tu pn jd isu? apa yang kerajaan takutkan sangat? event RXZ kali  ...

Terima hakikat orang kita masih tak matang untuk diberi kebebasan penuh. Kecenderungan dimanipulasi tu amat tinggi. Dapat sikit buat raso2 tu pun bersyukurlah. Orang barat bebas bersuara sebab dorang tak emo.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2025 05:13 PM | Show all posts
pendapat aku

justice fot Zara ni disalahertikan

jutice patutnya si pembuli kena dihadapakan ke pengadilan

yg berlaku : gov n menteri turut disalahkan dan difitnah sembunyikan kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pihak penganjur taknak ada isu timbul...tu sebab dia minta ahli fokus pada RXZ 7.0 sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 09:25 AM | Show all posts
tunggang motor je dahla..takyah nak tunggang kisah  org dah meninggal. ramai yg menangguk di air keruh je dlm kes ni.. masing2 nak jadi  terpaling prihatin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2025 10:30 AM | Show all posts
hIMPUNAN RXZ ni bagus sbb byk nyawa rempit yg terkorban saban tahun
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 10:50 AM | Show all posts
dia serupa pi bangunan syarikat air selangor
tapi letak poster bil letrik tnb tinggi

matlamat ke laut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2025 09:56 PM | Show all posts
poster Free Palestine boleh kan?

Event sebegini memang akan ada yang guna sebagai political platform pun. Justice for Zara ni pun kuat bau politiknya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.133769 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list