CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Ali Imran ungguli pusingan keenam saingan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

[Copy link]
Post time 21-8-2025 03:21 AM | Show all posts |Read mode
Ali Imran ungguli pusingan keenam saingan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix

Firdaus Hashim[email protected]






MD Ali Imran Mohd Dzul Hijri (tengah) juarai saingan keenam di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Selatan), hujung minggu lalu. FOTO FB Malaysian Cub Prix




Kuala Lumpur: Pelumba cilik pasukan Ah Thong Motors Racing, Md Ali Imran Mohd Dzul Hijri menjuarai kategori Yamaha Lagenda 115s pada pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Selatan), hujung minggu lalu.

Bukan saja kali pertama menaiki podium, malah ia juga kejayaan sulungnya memenangi saingan itu.

Dalam perlumbaan itu, Ali memintas Raja Abdul Raqib di saat akhir sebelum tiba di garisan penamat manakala Aliff menamatkan saingan di tangga ketiga.

Menurut Ali, dia mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya serta pasukan yang membantu menyediakan jentera dengan sempurna.

"Syukur Alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada mak bapa saya, keluarga saya, nenek saya dengan abang Is...dengan mekanik saya yang buat motor saya jadi sedap.

"Tadi saya duduk belakang orang yang nombor satu, Alhamdulillah dapat potong ketika (jalan) lurus," katanya.

Selepas ini, pusingan ketujuh akan diadakan di Litar Lumba Tangkak, Johor pada 6 dan 7 September depan.



Disiarkan pada: Ogos 21, 2025 @ 1:06am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1254737/ali-imran-ungguli-pusingan-keenam-saingan-petronas-mam-malaysian




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.593896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list