CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Bagnaia buntu prestasi merudum

[Copy link]
Post time 19-8-2025 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Bagnaia buntu prestasi merudum

Agensi




BAGNAIA merudum teruk dalam saingan musim ini. FOTO AFP



Spielberg: Bintang Itali dan juara dunia dua kali MotoGP, Francesco 'Pecco' Bagnaia berdepan krisis prestasi musim ini apabila gagal memahami punca kejatuhan mendadak yang dialaminya.

Selepas bermula dengan keyakinan tinggi pada sesi latihan awal Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring, prestasi Bagnaia menjunam teruk hingga mengejutkan peminat dan pemerhati sukan permotoran.

Aksi hujung minggu lalu berakhir mengecewakan apabila pelumba Ducati itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, ketinggalan lebih 12 saat berbanding pemenang, meskipun bermula di petak ketiga.

Catatan itu cukup kontras dengan penguasaannya sebelum ini di litar sama, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai hala tuju pasukan.

Lebih membimbangkan, statistik menunjukkan Bagnaia hanya mengutip 221 mata sepanjang musim ini, berbanding rakan sepasukan, Marc Marquez yang mengumpul 222 mata hanya dalam enam perlumbaan terakhir.

Jurang besar itu meletakkan Bagnaia dalam kedudukan sukar dengan hanya sembilan perlumbaan berbaki untuk menyaingi dominasi Marquez di tangga teratas.

"Kami sendiri tidak tahu mengapa keputusan sebegini terjadi," kata Bagnaia yang nyata buntu mencari jawapan.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2025 @ 10:20am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1253962/bagnaia-buntu-prestasi-merudum




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 1.423296 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list