CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 168|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Lanjutan kontrak MotoGP bergantung kepada data pulangan pelaburan

[Copy link]
Post time 18-8-2025 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Lanjutan kontrak MotoGP bergantung kepada data pulangan pelaburan

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh diiringi Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF), Ong Shin Ruenn (kiri) beramah mesra dengan atlet ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Pekak Malaysia ke 2nd SEA Deaf Jakarta 2025 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, hari ini. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM




Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih berteka-teki sama ada penganjuran MotoGP akan diteruskan selepas 2026 atau sebaliknya kerana ketika ini pihak berwajib sedang mengumpul kelengkapan data sebelum memutuskan keputusannya.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dengan masa yang ada ketika ini, KBS akan mendapatkan segala maklumat secara terperinci daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengenai penganjuran sukan permotoran itu terutamanya dari segi manfaat menjana pendapatan kepada negara.

"MotoGP kita tahu, pekerjaan sementara yang dapat dijana daripada sukan itu setiap tahun lebih kurang 4,500 pekerjaan.

"Namun, kita nak generasi muda atau pun warga emas yang terlibat dalam pekerjaan sementara seperti itu mereka dilatih supaya bukan sahaja jana pendapatan tetapi ada skil yang kita berikan kepada rakyat.

"Itu sebab pengumpulan data itu penting dan kita telah tekankan pada SIC untuk pastikan semua ini dicatatkan untuk kita yakinkan kepada Kementerian Kewangan bahawa ini bukan satu pembaziran tetapi banyak memberi manfaat kepada sektor-sektor lain," katanya.

Hannah menegaskan kerajaan sentiasa menyokong penuh penganjuran MotoGP di negara ini dan bersedia memastikan perlumbaan itu terus berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) walaupun kontrak semasa dijangka berakhir pada 2026.

Malaysia sudah menjadi tuan rumah untuk sukan permotoran itu selama 26 tahun iaitu bermula pada 1999.



Disiarkan pada: Ogos 18, 2025 @ 5:26pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1253778/lanjutan-kontrak-motogp-bergantung-kepada-data-pulangan-pelaburan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.101071 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list