CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 5

Noki mahu badan berotot, bukan berlemak

[Copy link]
Post time 17-8-2025 10:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan K-Clique, Noki menepis dakwaan kononnya dirinya tidak sihat susulan kelihatan semakin kurus, sebaliknya mengakui penurunan berat badan dilakukan atas permintaan ramai dan tuntutan kerjaya.

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 31, berkata sepanjang beberapa bulan lalu, berat badannya susut sebanyak 15 kilogram (kg) hingga kini mencecah 75kg.

"Ramai kata saya lebih sesuai dengan saiz badan yang kecil. Kawan-kawan pun cakap nampak lebih baik begini. Jadi saya turunkan berat badan, walaupun sebenarnya saya lebih selesa berbadan besar sekitar 85kg.

Tambah Noki, usaha menurunkan berat badan bermula sejak penggambaran filem Game Of Life arahan Syafiq Yusof yang menuntut dirinya tampil lebih kecil.

"Dulu berat saya 90kg, jadi untuk filem itu saya mula turunkan berat. Saya pun tak boleh terlalu kurus kerana bimbang nampak tidak sihat. Berat sekarang lebih sesuai dengan ketinggian saya.

"Malah ada tawaran baharu yang meminta saya tidak terlalu berisi, jadi saya perlu kekalkan bentuk badan sekarang. Saya jenis mudah turun naik berat, jadi tak susah menyesuaikan diri dengan watak. Kalau perlu botakkan kepala sekali pun, saya sanggup," katanya.

Noki berkongsi perkara itu ketika menjalani sesi fotografi drama terbaharunya, Dear Farris, yang menampilkan gandingan sulungnya bersama pelakon Siti Hariesa.
"Alhamdulillah, kami cepat dapat keserasian. Hero dan heroin kena ada 'chemistry' dan dia pandai wujudkan itu.

"Saya pula bukan mudah untuk selesa dengan pelakon wanita. Malah sebelum ini saya pernah nyatakan enggan berlakon bercinta. Tapi syukur kali ini, kami cepat serasi. Di set, kami banyak bergurau sampai rasa macam sudah lama kenal," katanya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2025 10:33 AM | Show all posts
semoga dik noki tak jadi fonen lah iya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:42 PM | Show all posts
dah ada awek blom?
aritu beriya nk awek muslimah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing jiran akak nama Yoki...lebih kurang dah nama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kau hensem dik
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar shirtless? Nak tengok betul ke berotot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.464325 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list