CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6518|Reply: 0

Efendi antara 4 pegawai sukarela terima Anugerah Tauliah Mejar Kehormat

[Copy link]
Post time 14-8-2025 01:20 AM | Show all posts |Read mode
Efendi antara 4 pegawai sukarela terima Anugerah Tauliah Mejar Kehormat

Oleh Saadiah Ismail - Ogos 14, 2025 @ 12:37am




Efendi (tengah) dipakaikan pangkat Mejar Kehormat oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan (kiri) pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Penganugerahan Sayap Juruterbang Tentera Darat, di Kem Perdana Sungai Besi, semalam. - Foto ihsan FB TDM



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNIA, Datuk Mohd Efendi Omar adalah antara empat pegawai sukarela menerima Anugerah Tauliah Mejar Kehormat pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Penganugerahan Sayap Juruterbang Tentera Darat, di sini, semalam.

Majlis di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran menerusi akaun Facebook miliknya memaklumkan majlis itu sebagai pengiktirafan kepada pegawai yang dinaikkan pangkat serta pegawai yang berjaya menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter.

Muhammad Hafizuddeain berkata pemakaian pangkat adalah simbol pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen anggota.

Katanya, penganugerahan sayap pula untuk memperkukuh keupayaan udara TDM dalam melaksanakan operasi darat-udara serta meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara.

"Tahniah dan syabas kepada semua yang dinaikkan pangkat,"katanya.

Seramai 53 pegawai dipakaikan pangkat yang membabitkan pelbagai peringkat kenaikan termasuk dua dari Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral, tiga dari Kolonel ke Brigedier Jeneral, dua dari Leftenan Kolonel ke Kolonel, dan tujuh dari Mejar ke Leftenan Kolonel.

Selain itu, pemakaian pangkat pegawai sukarela Askar Wataniah iaitu seorang Kolonel ke Brigedier Jeneral, seorang Mejar ke Leftenan Kolonel, empat pegawai sukarela diberikan Anugerah Tauliah Mejar Kehormat.

Seorang dipakaikan pangkat Mejar, tujuh pegawai sukarela dipakaikan pangkat Kapten, tiga pegawai sukarela dipakaikan pangkat Leftenan dan 19 dipakaikan pangkat Leftenan Muda Pegawai Sukarela Askar Wataniah.

"Empat pegawai sukarela diberikan Anugerah Tauliah Mejar Kehormat termasuk Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNIA, Datuk Mohd Efendi Omar yang dianugerahkan Mejar Kehormat dan dilantik sebagai Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur," katanya dalam hantaran itu.

PTD turut menyempurnakan pentauliahan pangkat Leftenan Muda kepada seorang pegawai kadet tempatan dan dua pegawai kadet lulusan akademi ketenteraan luar negara.

Pada majlis itu juga, lima pegawai yang berjaya menamatkan latihan di Kolej Tentera Udara Alor Setar pada 21 Jun lalu menerima Penganugerahan Sayap Juruterbang selepas berjaya menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter.

Mereka adalah Kapten Zamir Harith Zulkefli, Kapten Aiman Farid Jaafar, Kapten Muhamad Syahir Azmi, Kapten Ilham Zulkarnain Fauzey, dan Leftenan Harith Zakwan Rusman.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1432955/efendi-antara-4-pegawai-sukarela-terima-anugerah-tauliah-mejar





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.153217 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list