CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2982|Reply: 26

Edika tak jadi bercerai!

[Copy link]
Post time 3-8-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 4-8-2025 05:49 AM

PETALING JAYA – Sah rujuk ketika masih dalam idah, pelakon Edika Yusof bersyukur jodoh 22 tahun hidup bersama suri hati Nor Hidayah Rusli masih panjang.


Bercerai talak satu pada 5 Mei lalu, Edika atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abd. Majid, 58, mendedahkan, pertemuan pertama selepas berpisah sempena makan bersama anak-anak pada Hari Bapa menjadi titik tolak perbincangan hati ke hati antara mereka untuk kembali bersatu.

“Alhamdulillah dipermudahkan. Tapi sebenarnya selepas bercerai kami masih baik dan berkomunikasi, cuma pada waktu itu tidak berjumpa agar masing-masing dapat bertenang serta muhasabah diri.

Sehinggalah, sebulan selepas cerai, iaitu  ketika Hari Bapa, kami bersemuka dan dari situ berbincang hati ke hati, sekali gus mengambil keputusan rujuk.

“Kami sama-sama buat keputusan ini seterusnya pergi ke pejabat agama, cuma belum lagi dapat sijil nikah yang baharu,” kata pelakon Maria Mariana itu kepada Kosmo! Online.

Begitupun, buat masa ini Edika dan isteri masih belum kembali tinggal sebumbung.

“Tidak perlu terburu-buru, kita tunggu pengesahan rasmi pihak berkaitan dahulu. Lagi pun masing-masing masih dalam fasa muhasabah diri.

“Sentiasa positif, rendahkan ego serta kenang semula detik indah lebih dua dekad susah senang bersama. Apa pun, semuanya (proses) berlangsung dengan lancar,” ujarnya.

Belum sedia berkongsi tarikh rujuk, tambah Edika,  dapat bersatu semula dengan Nor Hidayah adalah satu perkara yang sangat disyukurinya.

“Saya pernah cakap pada isteri mungkin saya takkan berkahwin lagi kalau berpisah dengannya kerana saya seorang lelaki yang setia.

“Kalau kereta pun saya tidak bertukar sejak dahulu, begitu juga barangan peribadi macam kasut, memang saya pakai lama sebab sayang, inikan pula suri hati,” katanya.

Terdahulu, ramai menebak pasangan terbabit sudah rujuk ketika dalam idah selepas Edika berkongsi hantaran berupa foto dan ucapan penghargaan dengan kapsyen dirinya sebagai suami.

Terdahulu, ikatan perkahwinan antara pasangan terbabit terlerai apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 Mei lalu.

Difahamkan, Nor Hidayah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari 2025 di mahkamah sama atas alasan tiada persefahaman.


Sebelum ini pasangan terbabit menjadi perhatian ramai apabila Edika berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.

Hasil perkongsian hidup sejak 2003, kehidupan mereka diserikan tiga cahaya mata termasuk seorang anak daripada perkahwinan terdahulu wanita terbabit. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2025 01:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kekal ke jannah. Simpan la aib rumah tangga tu kemas2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, jaga rumahtangga elok2 ya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Semoga sampai syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2025 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah...masih panjang jodoh dan moga ambil pengajaran atas apa yg telah terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu lah kita dilarang sgt utk hambur2 segala2 yg huduh pasal rumahtangga ni utk pengetahuan umum. What for?
Kecuali kpd pihak yg ada kepentingan, ie hakim & loyar, dan dlm stengah2 keadaan, polis dan doktor, org2 lain tak perlu tahu pun, waima mak bapak, adik beradik sendiri....general public laagiiiii lah takdak faedah satu sen pun utk tahu, mereka semua takat nak penuhi napsu membawang saja. Kau mengata aku, aku mengata kau. Orang luar mmg seronok nak ambik tahu hal2 sampah begini, satu bentuk hiburan percuma.

Hujung2 berbaik
Lepas dah londeh mcm2 nih. Takde sekuman rasa malu ke?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2025 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la...
Harap lepas ni ambil iktibar jgn lg kecoh2 jika ada masalah
Biar sesama sendiri berbincang & selesaikan
Jika sulit sgt cari cuma yg terdekat yg blh dipercayai
Semoga terus berkekalan hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. wife bg chance tu.. lepas ni jaga la elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. moga terus bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ex wife tak berlebih² kutuk ari tu,,kalau berlebih²,, confirm malu hahaha..last² together gether balik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 08:03 AM | Show all posts
NuansaBiru replied at 4-8-2025 06:33 AM
Sebab tu lah kita dilarang sgt utk hambur2 segala2 yg huduh pasal rumahtangga ni utk pengetahuan umu ...

tu la. dah keluar citer debik bini, bini jd mangsa keganasan rumahtangga bagai.
dedua pun bukan muda belia. harap2 kalau ada masalah lg nnt jgn la citer lebih2 kat umum.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana acik porom yg hencap edika redflag la.sejenis paki la ..see bini dia ambik semulà ni...tak memasal acik porom masuk melaka caci edika.ujung ujing bersatu mcm bailah dgn aliff dulu ujung ujung netizen salah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. moga berkekalan hingga ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
agak2 pakcik ni berani nak hai hai lagi tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2025 10:28 AM | Show all posts
so title ayh, suami mithali dpt drmpas dan mewangi kembali la ea , jgala rumhtngaa tu elok2 x yh la nk londehkn sume dlm kain tu.. bila dh rujuk x rase malu ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bcos taurus people mmg tend to stick dgn yg sedia ade n kurang suka perubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh cerai la ngok.dia rujuk dlm tempoh iddah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 4-8-2025 10:30 AM
Bcos taurus people mmg tend to stick dgn yg sedia ade n kurang suka perubahan.

Sbnrnya ai rasa edika x mampu cari org lain yg bleh terima dia mcm mana wife blh terima
Maybe kt situ baru dia menyesal dan takut time tua xde peneman
Mmg ada laki yg takut hidup sendiri wpun cakap ugut bleh bagi cerai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.341596 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list