CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 0

[Terengganu] Pesawat Bombidier, bot peronda APMM cari pelayar Turkiye hilang

[Copy link]
Post time 1-8-2025 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Pesawat Bombidier, bot peronda APMM cari pelayar Turkiye hilang

Zaid Salim[email protected]





Pegawai Maritim Malaysia membuat rondaan menggunakan Bot Penggalang 45 bagi mengesan seorang lagi mangsa Kapal Layar Daisy yang karam dipukul ribut di Perairan Pulau Yu - Bidong. FOTO Zaid Salim




Kuala Terengganu: Pesawat Bombidier dan bot peronda Penggalang 45 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digunakan untuk mengesan seorang lagi warga Turkiye yang dilaporkan hilang selepas kapal layar dinaiki bersama dua rakannya karam dibadai ribut, Selasa lalu.

Pengarah APMM Terengganu Hamiludin Che Awang berkata, Ops Carilamat bagi mencari mangsa, Eser Demirkol, 32, digerakkan menerusi udara dan laut bermula 8.30 pagi hari ini.

Menurutnya, dua lagi mangsa, Ates Dameroren, 42, dan Ahmet Volkan Ata, 32, yang juga kapten kapal terbabit yang ditemukan selamat kini masih menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Sebelum ini, dilaporkan Ates ditemui bot tunda nelayan tempatan selepas 25 jam terapung di perairan Pulau Yu pada 12.30 tengah hari semalam. manakala kapten kapal, Ahmet ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Bidong oleh Pasukan Polis Marin (PPM) selepas terapung selama 48 jam.

Dalam kejadian Selasa lalu, bot dinaiki tiga pelayar terbabit yang dalam misi pelayaran mengelilingi dunia menggunakan kapal layar, Layar Daisy dalam perjalanan dari Pulau Tioman ke Pattani, Thailand sebelum berdepan dengan ribut di laut.

Pelayaran mereka dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Pattani namun dibadai ribut sebelum karam di perairan Pulau Yu pada 2.30 petang Selasa.



Disiarkan pada: Ogos 1, 2025 @ 12:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1247243/pesawat-bombidier-bot-peronda-apmm-cari-pelayar-turkiye-hilang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list