CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 0

[Terengganu] Dua warga Turki hilang, seorang selamat, kapal layar dipukul ribut

[Copy link]
Post time 31-7-2025 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Dua warga Turki hilang, seorang selamat, kapal layar dipukul ribut

Zaid Salim[email protected]





GAMBAR hiasan. FOTO NSTP




Kuala Terengganu: Dua pelayar warga Turki hilang, manakala seorang selamat apabila kapal layar dinaiki mereka karam dipukul ribut di perairan Pulau Yu di sini.

Kejadian berlaku Selasa lalu ketika mereka dalam pelayaran dari Pulau Tioman menuju ke Pattani, sebelum karam kira-kira 30 batu nautika dari perairan Pulau Yu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, kapal layar berkenaan dipercayai milik warga Turki berdasarkan bendera negara yang terdapat pada badannya.

"Seorang daripada mangsa dikenali Ates Demiroren diselamatkan kru kapal tunda tempatan selepas 25 jam hanyut di laut, manakala kepten kapal dan seorang lagi mangsa belum ditemui.

"Mangsa yang selamat telah dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Che Hamiludin berkata, Operasi Carilamat mangsa diaktifkan pada 3 petang tadi dengan menggerakkan Bot Peronda Perkasa 48 untuk mengesan mangsa hilang.

Orang ramai khususnya warga maritim mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357.



Disiarkan pada: Julai 31, 2025 @ 8:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1247078/dua-warga-turki-hilang-seorang-selamat-kapal-layar-dipukul-ribut




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044524 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list