CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1224|Reply: 0

'Bridesmaid pun nak glow up', ini 5 tip bantu pengiring tampil bergaya tanpa 'overshadow' ratu sehari

[Copy link]
Post time 30-4-2025 07:09 PM | Show all posts |Read mode

DALAM kemeriahan majlis perkahwinan, bukan hanya pengantin yang mahu kelihatan cantik, para pengiring pengantin atau bridesmaid juga tidak ketinggalan untuk tampak bergaya.


Namun begitu, penting untuk diingatkan bahawa pengantin tetap 'queen of the day' yang harus menjadi tumpuan utama.


Buat bakal pengantin yang sedang merancang busana untuk bridesmaid, berikut beberapa tip berguna dikongsikan menerusi aplikasi Thread milik Qasseh Boutique HQ, bagi memastikan pilihan yang dibuat bukan sahaja bergaya, tetapi juga bijak dan praktikal:



1. Warna ikut tema pengantin


Warna sepadan dengan tema akan menghasilkan gambar berkumpulan yang lebih harmoni dan sedap mata memandang.


Bridesmaid yang sedondon dengan tema turut membantu menyerlahkan estetika majlis.


2. Jangan overshadow pengantin


Busana bridesmaid harus melengkapi, bukan menyaingi. Elakkan rekaan yang terlalu menonjol atau sarat, agar perhatian kekal tertumpu kepada pengantin.


3. Warna sesuai semua tona kulit


Bagi memastikan semua bridesmaid tampak berseri, pilih warna neutral atau lembut yang sesuai dengan pelbagai tona kulit.


Elakkan warna yang boleh menyebabkan sesetengah individu kelihatan pucat atau tenggelam.


4. Utamakan kain mudah dijaga


Elakkan material yang mudah berkedut atau sukar dicuci, terutamanya jika acara berlangsung sehari suntuk yang memerlukan bridesmaid tampil bergaya namun tetap selesa.



5. Bincang awal


Perancangan awal memberi masa mencukupi untuk sesi mencuba pakaian dan melakukan pengubahsuaian jika perlu.


Ia dapat mengelakkan tekanan saat akhir dan memastikan semua berjalan lancar pada hari bahagia.


Dalam apa jua perancangan, komunikasi dan keseimbangan antara estetika serta keselesaan adalah kunci utama.


Bridesmaid yang bergaya dan selesa bukan sahaja akan tampil menawan, tetapi juga menyokong pengantin dengan penuh keyakinan sepanjang hari istimewa. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.349685 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list