|
View: 1394|Reply: 1
|
Baru tahu rupanya air rebusan telur mampu suburkan tanaman... Lepas ni kena simpan!
[Copy link]
|
|
|
MEREBUS merupakan antara kaedah terbaik dalam masakan kerana ia membantu menjaga kesihatan khususnya mereka yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan.
Air rebusan pula akan mengandungi pelbagai nutrisi dan mineral mudah larut daripada bahan mentah seterusnya membantu proses penyerapan lebih mudah kepada pengguna.
Menggunakan kaedah yang sama, air rebusan telur kebiasaannya dibuang begitu sahaja.
Bagi anda yang gemar bercucuk tanam, bolehlah memanfaatkan air rebusan telur pada tanah kebun kerana ia mengandungi pelbagai jenis mineral yang sesuai untuk tumbuhan anda.
Ini kerana, semasa mendidih, kulit telur melepaskan kalsium ke dalam air dan kemudiannya menghasilkan baja semula jadi yang berkesan untuk menyuburkan tumbuhan.
Kalsium daripada kulit telur membantu mengimbangi pH tanah, membolehkan tumbuhan menyerap nutrien dengan lebih cekap.
Ia amat berguna untuk tumbuhan yang memerlukan kalsium seperti tomato dan cili.
Hanya biarkan air rebusan menyejuk dan gunakan pada taman atau tumbuhan dalaman supaya dapat membesar dengan kuat dan sihat. - Tips and Tricks
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat air rebusan, kulit telur pon bagus utk tanah. hancurkan @ blend halus dan dampur dlm tanah. Boleh juga masukkan satu sudu teh dlm pasu setiap pokok. Selain kulit telur, kulit udang pun blh suburkan tanah. Macam biasa keringkan dan blend halus. ambil satu sudu serbuk masuk dlm tanah pasu. Satu lagi. epsom salt pon blh suburkan tanah. cth lain. kulit pisang bg potassium pada tanah, cuka kayu etc..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|