CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1273|Reply: 5

[Lain-Lain] QODRAT 2

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2025 12:39 PM | Show all posts
Citer filem Qodrat 2 ni sekuel dari movie yang pertama... Qodrat 2 mengisahkan perjalanan Ustaz Qodrat mencari isterinya, Azizah... Ternyata si isteri telah dirawat di hospital mental akibat kemurungan yang disebabkan kematian anak pertamanya... Selepas keadaan bertambah baik, Azizah meninggalkan hospital mental dan bekerja di sebuah kilang... Namun, perjalanan Ustaz Qodrat untuk bertemu semula dengan isterinya tidaklah mudah... Qodrat harus berhadapan dengan syaitan...

Charles Gozali kembali sebagai pengarah dalam filem Qodrat 2... Vino G Bastian masih memegang semula watak Ustaz Qodrat... Beberapa pelakon lain juga akan berlakon dalam filem ini antaranya Acha Septriasa, Della Dartyan dan Donny Alamsyah... Qodrat 2 sudah ditayangkan di pawagam Indonesia sejak hari raya Aidilfitri, 31 Mac 2025... Filem ni juga mulai ditayangkan di Malaysia 17 April 2025...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2025 02:53 PM | Show all posts
Edited by amandel at 16-4-2025 04:07 PM

Filem Qodrat 2 adalah filem seram tetapi juga mempunyai unsur keagamaan dan adiwira yang kuat... Pengarah filem ni memang bukan muslim... But setakat ni, Iols rasa filem Qodrat adalah film horror Indo yang paling menghormati unsur keagamaan didalamnya... Penulis skrip movie ni sama seperti penulis filem pertama... Filem ni ditulis oleh Gea Rexy, Asaf Antariksa, Charles Gozali...

If Iols tak silap, citer filem ni juga dibimbing, dianalisis dan dijaga oleh Dr. Ngatawi al Zastrow, seorang tokoh budaya dari NU (Nadlatul Ulama)... Al-Zastrouw memilih budaya sebagai jalan dakwahnya... Menurutnya, melalui cara budaya, Al-Zastrouw percaya nilai-nilai ajaran Islam yang bersifat rahmatan lil alamin akan lebih mudah diterima oleh masyarakat luas.... Ade juga Ustadz Isman yang atur dan jaga cara ruqyah Vino supaye tak silap...

Unsur adiwira juga kuat dalam filem ni... Bukan hanye babak fighting yang gempak, musik pada awal movie juga macam dengar superhero theme song... Superhero theme song memang iconic... Biasanye superhero theme songguna orkestra dan guna trompet and violin sebagai melodi, macam di filem filem lama superman dan batman... But dekat film Qodrat 2 Iols ingat-ingat macam dengar lagu tema Superman 2025, guna orkestra dan guna gitar elektrik sebagai melodi... Rasa macam dengar opening rock consertpun ade, memang megah dan gempak... Berbaloi jika dengar dekat dolby atmos...

Babak yang Iols suka babak dekat rumah, but tak nak spoiler banyak...
Semua pelakon best, but Acha memang superb... Maybe sebab sheols penyanyi juga jadi sheols memang pandai merasa... Sheols boleh memberi rasa pada setiap kata, setiap bacaan doa, setiap diam, setiap gerakan dan setiap tangisan... Sheols bukan hanya melakonkan watak tapi juga boleh merasakannya...

Iols rasa sebenarnya filem ini adalah filem tentang tauhid yang dibungkus secara sangat menarik dan menghibur... Visualnya juga sedap mata memandang...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2025 03:43 PM | Show all posts
Edited by amandel at 16-4-2025 04:04 PM

Sila tengok video dekat bawah ni jika minat info pasal bts movie ni, Harap tengok dekat youtube sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2025 04:03 PM | Show all posts
Dekat Indo ramai yang tengok marathon filem QomBo (Qodrat 2 dan Jumbo)...
Maybe peminat filem action dekat Msia boleh juga tengok marathon filem QomBo (Qodrat 2 dan Blood Brother: Bara Naga)... Jika dah tengok Blood Brother, maybe boleh tengok lagi...






Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2025 12:56 PM | Show all posts

Qodrat 2 gabung aksi dan seram, penuh pengisian



KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan filem Qodrat yang menarik 1.7 penonton pada 2022, pengarah Indonesia, Charles Gozali kembali memberi sentuhan kepada karya susulan, Qodrat 2.


Namun, kejayaan filem pertama memberi cabaran besar buatnya dalam penghasilan sekuel berkenaan.


Masih mengekalkan elemen seram, Qodrat 2 yang diterajui Vino G Bastian dan Acha Septriasa bagaimanapun turut menyelitkan unsur kerohanian.


"Sebetulnya Qodrat 2 adalah filem seram, tetapi kami cuba tawarkan lebih kepada refleksi diri buat watak Azizah.




"Menerusi Qodrat 2, ada babak Azizah tidak mampu menyelesaikan doa iftitah akibat gangguan iblis. Selain satu refleksi, ia juga antara babak menyeramkan," kata Charles yang ditemui pada malam gala filem Qodrat 2, di ibu negara, baru-baru ini.


Memilih Acha menerajui naskhah kali ini, Charles berkata, asalnya mereka belum mempunyai calon membawakan watak Azizah.


Nama Acha terlintas dalam fikirannya bersama empat rakan produksi ketika sesi perbincangan, lantas Charles menghubungi Acha yang kini menetap di Sydney, Australia.


"Acha dilihat pelakon yang paling sesuai dan memenuhi kriteria yang diinginkan sebagai Azizah.


"Isteri Qodrat haruslah seorang yang mampu mengimbangi Vinod G dalam lakonan. Itu antara sebab kenapa kami memilih Acha," katanya.




Qodrat 2 menampilkan penceritaan lebih besar dengan menggabungkan elemen aksi, thriller, seram dan adiwira atau superhero, tetapi tetap menyuntik elemen keagamaan.


Tanpa babak jumpscare berlebihan, Qodrat 2 memaparkan koreografi adegan pertarungan, penggunaan kesan khas yang menjadikan iblis Asu'ala kelihatan menyeramkan, selain emosi menyentuh perasaan antara Qodrat dan Azizah.


Sementara itu, Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata Qodrat 2 membawa aras baharu dalam penghasilan filem seram dengan penceritaan dipersembahkan tidak bergantung semata-mata pada elemen seram dan kejutan, sebaliknya diseimbangkan dengan aksi superhero, emosi dan unsur agama.


"Formula ini diterima baik penggemar filem di Indonesia dan ia dibuktikan dengan pencapaian jumlah pecah panggung.


"Jadi, kami mengharapkan reaksi positif ini memberi rasa teruja dan pengalaman berbeza buat penonton di Malaysia," katanya.


Terdahulu, Qodrat pertama berjaya mencatat kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 1.7 juta penonton di Indonesia dan kutipan pecah panggung mencecah RM23 juta.


Lebih membanggakan, Qodrat turut berjaya di pawagam luar negara seperti Malaysia, Singapura, Kemboja, Myanmar dan Vietnam. Tayangan filem Qodrat di Malaysia turut meraih kutipan RM6 juta.


Qodrat 2 mengisahkan Qodrat mencari Azizah yang mengalami depresi kerana menyerahkan keimanan kepada syaitan Asu'ala demi menyelamatkan anak.


Apabila Azizah keluar dari rumah sakit jiwa dan mula bekerja di kilang fabrik misteri, Qodrat tekad ingin menyelamatkan Azizah, meskipun berdepan perangkap iblis. - BH ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 07:05 PM GMT+8 , Processed in 1.982942 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list