CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1107|Reply: 3

Kim Min Hee bersalin anak luar nikah pengarah, isu pendaftaran dan hak harta jadi bualan

[Copy link]
Post time 10-4-2025 11:08 AM | Show all posts |Read mode


PELAKON Kim Min Hee dilaporkan sudah menimang cahaya mata lelaki hasil hubungan terlarang dengan pengarah terkenal Korea Selatan iaitu Hong Sang Soo.


Min Hee, 43, dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu selepas selesai bersalin di Hanam, Gyeonggi-do.


Susulan itu, perhatian kini tertumpu kepada isu pendaftaran anak berkenaan dalam daftar keluarga serta kemungkinan pewarisan harta.


Anak lelaki yang dilahirkan oleh Min Hee boleh didaftarkan sebagai anak luar nikah dalam daftar keluarga Sang Soo, 65, atau boleh juga didaftarkan secara eksklusif di bawah nama keluarga aktres tersebut.


Selepas menjalani ujian DNA dan melalui proses pengiktirafan secara sah, anak itu boleh dimasukkan ke dalam daftar keluarga Sang Soo sebagai anak luar nikah dan secara sah mempunyai hak untuk menerima harta pusaka.


Dalam undang-undang Korea Selatan, anak luar nikah dan anak dalam perkahwinan sah mempunyai hak yang sama dalam hal pewarisan.


Pengarah itu sebenarnya masih bergelar suami kepada isteri yang dinikahinya sejak 1985 namun dilaporkan sudah meninggalkan keluarganya demi Min Hee.


Sang Hoo dan Min Hee dilaporkan mula menjalinkan hubungan sulit sejak sepuluh tahun lalu.


Sebelum ini berita mengenai kehamilan Min Hee mula tersebar pada Januari lalu apabila dilaporkan dia bakal bersalin tidak lama lagi.


Pada Februari, Min Hee yang sedang sarat hamil dilihat bersama Sang Soo di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, sekali gus mengesahkan laporan tersebut. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 03:22 PM | Show all posts
hmm. Berkubur terus karier sheols kan. Ex bf Jo in sung dulu bertiang lg helok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang betul she have so much potential. Ni kalau laki tu mati tiba2 apa pun tak dapat sebab nama takde dlm family register kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nipskacang replied at 13-4-2025 08:46 AM
Sayang betul she have so much potential. Ni kalau laki tu mati tiba2 apa pun tak dapat sebab nama ta ...

Kena transfer sesiap harta, saham n duit yg ada letak nama anak dia. Kalau laki ni jiun, kompem bini legal n anak2 dia bolot semua. Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.043317 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list