|
View: 1123|Reply: 1
|
Cara Hilangkan Bau Masam, Tengik & Kepam Pada Pengisar, Auto Macam Baru!
[Copy link]
|
|
|
Edited by tatod at 9-4-2025 03:28 PM
Blender atau pengisar makanan adalah alat dapur yang sangat berguna dan hampir semua rumah memiliki alat elektrik ini.
Namun, jika digunakan setiap hari boleh menyebabkan pengisar berbau masam, tengik atau kepam, terutamanya jika tidak dibersihkan dengan betul.
Jadi, berikut adalah cara yang mudah dan berkesan untuk hilangkan bau tidak sedap dan kesan-kesan degil pada pengisar.
1. Cara Menghilangkan Bau Masam Atau Tengik Pada Pengisar
Setelah digunakan untuk mengisar makanan atau minuman, pengisar akan menyerap bau yang tidak menyenangkan, terutama jika ia tidak dibersihkan dengan segera.
Untuk menghilangkan bau masam atau tengik, anda boleh menggunakan bahan-bahan mudah yang ada di rumah.
Bahan-bahan:
Air suam (3/4 penuh pengisar)
1 sudu teh cecair sabun pinggan
1 sudu besar cuka makan
Cara-cara:
Isikan pengisar dengan air suam hingga 3/4 penuh.
Tambahkan 1 sudu teh cecair sabun pinggan.
Masukkan 1 sudu besar cuka makan ke dalam pengisar.
Tutup penutup pengisar dan hidupkan pengisar pada kelajuan sederhana selama 1-2 minit.
Setelah selesai, bilas pengisar dengan air bersih hingga bau cuka hilang dan bersihkan menggunakan kain atau span.
2. Cara Menghilangkan Kesan Kunyit Atau Minyak Pada Pengisar
Pengisar yang digunakan untuk mengisar bahan seperti kunyit atau minyak pasti akan meninggalkan kesan berwarna yang sukar dibersihkan.
Berikut adalah cara mudah untuk menghilangkan kesan-kesan tersebut:
Bahan-bahan:
Air suam (3/4 penuh pengisar)
1 sudu teh cecair sabun pinggan
1 sudu besar soda bikarbonat
Cara-cara:
Isikan pengisar dengan air suam hingga 3/4 penuh.
Tambahkan 1 sudu teh cecair sabun pinggan untuk membantu menanggalkan kotoran.
Masukkan 1 sudu besar soda bikarbonat. Soda bikarbonat bertindak sebagai bahan penggosok lembut yang membantu menghilangkan kesan minyak dan warna kunyit pada dinding pengisar.
Tutup penutup pengisar dan hidupkan pengisar pada kelajuan tinggi selama 1-2 minit.
Bilas dengan air bersih hingga kesan dan bau hilang sepenuhnya.- MyResipi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tips ni... Yg ni acik x try lg. Hrp menjadi ler |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|