CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1058|Reply: 0

Tertib di meja makan

[Copy link]
Post time 3-4-2025 03:48 PM | Show all posts |Read mode

KUNJUNG-MENGUNJUNGI menjadi amalan setiap kali perayaan dan ketika ini tetamu silih berganti mendatangi rumah keluarga dan taulan.

Ia bukan hanya suatu kebiasaan, malah mengunjungi atau menziarahi bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Dalam mengunjungi rumah keluarga, kenalan dan tetangga, anda masih perlu menekankan adab bagi memastikan kehadiran ketika beraya disenangi tuan rumah.

Terutama jika beraya bersama anak-anak, adab di meja makan perlu ditekankan dalam mewujudkan suasana harmoni ketika di rumah orang.

Tidak dinafikan mengasuh anak-anak dengan adab dan nilai murni adalah sesuatu yang cukup penting dalam bermasyarakat.

Memetik kata-kata penulis buku mengenai etika di meja makan tersohor dari Amerika Syarikat, Cindy Post Senning, mengasuh anak dengan adab di meja makan berupaya mendidik mereka menghormati individu yang turut sama berada di ruang itu.


"Jika anak sudah diasuh cara mengendalikan kutleri (peralatan menghidang di atas meja) berkemungkinan insiden menumpahkan makanan berkurangan.

"Dalam erti kata lain, masa makan lebih menyeronokkan dan bersih apabila masing-masing mempunyai adab meja yang baik.

"Selain itu, adab di meja makan juga mengajar kanak-kanak menunjukkan rasa hormat kepada tetamu sama ada mereka di rumah sendiri atau di luar," katanya.

Dalam pada itu, adab atau tertib di meja makan juga antara kemahiran penting dalam elemen perkembangan sosial anak-anak.

"Memperkenalkan adab di meja makan antara contoh kaedah boleh digunakan ibu bapa untuk mengasuh anak berkenaan kemahiran berinteraksi dengan kaedah lebih berakhlak.

"Anak belajar mengenai peraturan dan nilai empati supaya lebih memahami individu lain yang berkongsi dalam ruang sama.

"Secara tidak langsung, ini membentuk anak yang lebih matang dan peka dengan orang di sekelilingnya," katanya.

Pakar itu menyenaraikan antara kaedah dan langkah boleh dilakukan ibu bapa dalam memperkenalkan adab di meja makan kepada anak:

1. Menekankan amalan membasuh tangan terlebih dahulu sebelum makan.

2. Menyiapkan napkin atau tisu makan di atas paha atau sebelah kiri meja makan supaya mudah dicapai.

3. Tarik kerusi, duduk dalam posisi badan tegak dan elak meletakkan tangan terutama siku di atas meja.

4. Menunggu sehingga semua tetamu atau orang lain tiba di meja makan.

5. Gunakan utensil yang betul dan memotong terlebih dahulu makanan dalam saiz kecil atau sesuai untuk dimakan.

6. Jika makanan terhidang jauh, ajar anak untuk meminta pertolongan orang yang hampir dengan makanan diingini.

7. Kunyah makanan dalam keadaan mulut tertutup dan elak bercakap ketika makanan memenuhi mulut.

8. Tidak salah untuk berbual dan pastikan juga mengajar anak menggunakan bahasa yang sesuai selain tertib ketika mahu terbabit dalam perbualan dengan orang lain.

9. Minta kebenaran untuk beredar jika mahu meninggalkan meja selain mengalih pinggan kotor dan utensil yang kotor ke singki.

10. Penting juga mengingatkan anak untuk berterima kasih baik penyedia makanan (anda atau tuan rumah).

11. Latih dari usia seawal supaya anak anda menjadikan adab di meja makan satu tabiat dalam kehidupan seharian. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.358069 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list