CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 614|Reply: 0

Hidup bergantung kerusi roda tak halang penghidap 'multiple sklerosis' bertugas dalam sektor pengangkutan awam

[Copy link]
Post time 29-3-2025 08:57 PM | Show all posts |Read mode

KETIKA pertama kali merasakan kebas di kaki kanannya, Cheryl Tan tidak menganggapnya satu hal yang penting.

Beliau yang ketika itu baru berusia 23 tahun sama sekali tidak menyangka keadaan itu adalah permulaan kepada perubahan besar dalam hidupnya.

Ia adalah tanda awal multiple sclerosis, satu penyakit neurologi yang akan memberi kesan besar terhadap keupayaan untuk berjalan.

Sebagai pembuat roti, beliau sudah terbiasa dengan keletihan akibat mengangkat beg tepung dan gula seberat 30 kilogram (kg) hingga 40kg.

Bahkan, doktor yang merawat menyangka beliau mengalami masalah tulang rawan tergelincir atau slip disc, yang biasa berlaku. Mungkin ia hanya risiko kerja akibat terlalu lama berdiri.

Namun, kebas itu mula merebak sehinggalah akhirnya kaki Cheryl tidak lagi dapat bertahan dan terpaksa dikejarkan ke jabatan kecemasan.

Ujian intensif, termasuk lumbar puncture (teknik mengambil sedikit sampel daripada cecair yang mengelilingi selaput otak dan sara) akhirnya membawa kepada diagnosis multiple sclerosis, satu penyakit neurologi yang jarang berlaku di Singapura.

Multiple sclerosis berlaku apabila sistem imun menyerang lapisan perlindungan myelin di sekitar sel saraf, menyebabkan gangguan isyarat antara otak dan tubuh.

Selepas didiagnosis pada 2015, Cheryl terpaksa melepaskan impian sebagai pembuat roti kerana kesukaran untuk berdiri lama serta keperluan pekerjaan yang berat.


"Saya sangat keliru. Saya tidak tahu apa itu multiple sclerosis dan bagaimana ia akan mempengaruhi kehidupan saya," katanya yang ketika itu turut berdepan masalah kewangan termasuk kos rawatan mencecah S$3,000 (kira-kira RM10,000) sebulan tanpa subsidi.

Majikan

Dalam tempoh empat tahun, beliau terpaksa mencuba pelbagai jenis ubat sebelum menemui yang sesuai.

Selepas pulih dari rawatan di hospital dan bersedia untuk kembali bekerja, wanita berkenaan mendapati kebanyakan majikan tidak pernah mendengar tentang multiple sclerosis dan ragu-ragu untuk mengambilnya bekerja.

Menurut laman web SingHealth penyakit tersebut lebih lazim di Eropah dan Amerika Utara, tetapi jarang berlaku di Singapura, dengan hanya lebih 300 orang yang menghidapinya.

Di seluruh dunia, dianggarkan 2.9 juta orang menghidap penyakit itu. Beberapa kajian mendapati bahawa ia cenderung berlaku kepada mereka yang tinggal lebih jauh dari khatulistiwa.

Kemurungan

Kurangnya kesedaran tentang penyakit itu menimbulkan 1,001 persoalan tentang masa depan Cheryl.

Bagaimana keadaan itu akan mempengaruhi keperluan perubatannya, kewangan dan kerjayanya?

Ketidaktentuan masa depan dan tekanan kewangan menyebabkan Cheryl mengalami kemurungan teruk, sehingga pernah terfikir untuk mengakhiri nyawanya.

"Saya rasa seperti beban kepada keluarga, saya tidak dapat menyumbang dan tidak boleh menyara diri sendiri," luahnya.

Namun berkat sokongan ibu bapanya, beliau memilih untuk terus berjuang.

Menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama multiple sclerosis memerlukan perubahan besar dalam kehidupan harian wanita berkenaan.

Pada awalnya, beliau masih boleh berjalan walaupun kakinya kebas. Namun semakin lama, beliau mendapati tubuhnya tidak lagi boleh bergerak seperti dahulu.


Seperti bayi yang perlu belajar berjalan semula, Cheryl mula menyedari betapa tidak mesranya persekitaran terhadap individu sepertinya.

Menjelang 2019, simptomnya semakin teruk sehingga beliau terpaksa menyeret kakinya ketika berjalan. Beliau kerap jatuh dan akhirnya bergantung pada kerusi roda bermotor untuk bergerak.

Kini, Cheryl bekerja sebagai pegawai pengalaman pelanggan dan inklusiviti di Tower Transit Singapore.

Beliau membantu penumpang di hab pengangkutan awam dan juga mengetuai kursus kesedaran untuk meningkatkan kemudahan bagi golongan kurang upaya (OKU).

Dengan pengalaman dimiliki, beliau berharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai multiple sclerosis dan memberi harapan kepada mereka yang berjuang dengan penyakit tersebut. — Agensi

SUmber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.207466 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list