CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1137|Reply: 0

Berus solekan kotor boleh sebabkan jerawat, jangkitan

[Copy link]
Post time 29-3-2025 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 29-3-2025 03:18 PM


Ramai yang berbelanja ratusan ringgit untuk berus solekan berkualiti tinggi, tetapi berapa ramai benar-benar menjaga kebersihannya?

Anda harus tahu, apabila anda menggunakan berus untuk memakai solekan pada wajah, sejumlah besar bakteria dipindahkan daripada kulit ke berus anda.

Hari demi hari, bakteria itu akan merebak dan dipindahkan ke kulit anda setiap kali anda menggunakan berus berkenaan.

Memetik laporan laman web, Persatuan Akademik Dermatologi Amerika (AAD), berus solekan yang tidak dicuci boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, ruam, dan jangkitan serius seperti kulat, E. coli, atau jangkitan staph disebabkan oleh bakteria staphylococcus.

Menurut AAD, berus solekan perlu dicuci sekurang-kurangnya setiap tujuh hingga 10 hari bagi memastikan kulit bebas daripada bakteria berbahaya.

"Berus yang kotor bukan sahaja menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat tetapi juga boleh membawa jangkitan kulit yang lebih serius. Ini kerana bakteria dan sisa solekan yang terkumpul boleh menjejaskan kesihatan kulit dalam jangka panjang," katanya.



Oleh itu membersihkan berus solek sewajarnya bahagian penting dalam mana-mana rutin kecantikan, dan jangan sesekali diabaikan.

Untuk mencuci berus solekan dengan betul, pakar dermatologi menyarankan, pertama sekali perlu dilakukan adalah membilas hujung berus dengan air suam yang mengalir untuk menghilangkan sisa solekan.

Elakkan merendam seluruh kepala berus kerana air boleh merosakkan gam yang menyambungkan bulu berus dengan pemegangnya.

Kedua, guna syampu lembut untuk mencuci berus manakala sabun biasa tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan bulu berus menjadi kering dan kasar.

"Selain itu, rendam hujung berus dalam mangkuk berisi air suam dan syampu, kemudian urut perlahan-lahan di tapak tangan untuk menghasilkan buih dan menanggalkan kotoran.

"Ketiga, bilas sehingga air menjadi jernih, memastikan tiada sisa solekan yang tertinggal pada bulu berus.

"Keempat, perah lebihan air menggunakan tisu kering yang bersih untuk mempercepatkan proses pengeringan.

"Akhir sekali, keringkan berus secara mendatar di atas tuala, dengan hujung berus tergantung di hujung serta jangan keringkan dalam posisi menegak kerana air boleh menyerap ke dalam pemegang dan melonggarkan gam," katanya.

AAD turut menasihatkan, individu tidak berkongsi berus solekan dengan orang lain bagi mengelakkan penyebaran bakteria dan risiko jangkitan kulit.

Jika mengalami masalah kulit akibat penggunaan produk solekan, sebaiknya dapatkan nasihat pakar dermatologi. - BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
travel information
kukuku45travel information
Views : 708 Replies : 0
travel
AKUI89travel
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji bol lala
kukuku45bhatt ji bol lala
Views : 910 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202356 Replies : 4036
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 5281 Replies : 1
Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”
Skyline_84Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang
Views : 17495 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.071950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list