CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 0

Mengalir 'darah tempur'

[Copy link]
Post time 29-3-2025 01:59 PM | Show all posts |Read mode

"SAYA melihat seni pertahankan diri untuk wanita amat penting. Kita lihat sekarang banyak kes jenayah membabitkan wanita. Jika mereka tidak boleh melawan sekurang-kurangnya tahu cara melepaskan bagi menyelamatkan diri," kata wanita berusia 45 tahun itu kepada penulis.

Sebenarnya wanita yang ditemu bual untuk Wanita Metro (WM) kali ini bukan calang-calang orang kerana dia adalah bekas atlet sukan tempur silat olahraga yang sudah banyak mengharumkan nama negara sehingga peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian yang pernah diraihnya ialah emas dalam Open Europe Pencak Silat Championship di Belgium, emas menerusi kejohanan World Silat Championship pada 2007 dan menjadi pesilat terbaik menerusi Kejohanan Silat Kebangsaan 1997 hingga 2013 dan Kejohanan Sukan Wanita Kebangsaan 2007 hingga 2009.

Pada 1998 membuka lembaran buat Rina Jordana Adnan apabila layak disenarai sebagai atlet kebangsaan. Ketika itu juga usianya baharu 17 tahun dan menjadi atlet silat olahraga termuda negara.

Usai menabur jasa lebih 17 tahun sebagai atlet kebangsaan, Rina mengambil keputusan memberi tumpuan kepada kerjaya dan meninggalkan arena pertempuran. Meskipun ketika itu dia berada di puncak.

Namun, 'darah tempur' anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak pernah pudar kerana dia merasakan mempunyai tanggungjawab bukan sahaja membantu melahirkan bakat baharu atlet silat olahraga, malah membantu lebih ramai wanita peka kepada keselamatan diri menerusi seni pertahanan diri.

Rina berkata, meskipun sudah tidak lagi menjadi atlet kebangsaan, tetapi semangatnya dalam sukan itu tidak pernah pudar dan ingin berkongsi ilmu kepada masyarakat terutama wanita.


Justeru, pada 2019 dia membuka akademi silat olahraga di Shah Alam, Selangor di bawah program pembangunan sukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sepanjang kira-kira lima tahun bergelar jurulatih, lebih 250 individu yang berlatih dengannya.

"Kebanyakan anak murid saya adalah kanak-kanak, remaja dan wanita. Bagi kanak-kanak dan remaja saya ingin mengasah bakat mereka menjadi pelapis dalam arena silat olahraga.

"Manakala untuk wanita dewasa pula saya mendedahkan mereka berkenaan kepentingan ilmu seni mempertahankan diri menerusi silat kerana pada hari ini ramai juga dalam kalangan wanita yang mula melihat seni mempertahankan diri boleh membantu keselamatan diri," katanya.

Katanya, ketika ini dia dalam proses akhir mewujudkan sebuah pusat latihan yang lebih lengkap dengan kemudahan latihan berbanding ketika ini dia hanya beroperasi di Dewan MBSA yang mempunyai keterbatasan untuk latihan.

"Di Dewan MBSA ini saya mengajar sekali seminggu dan kemudahan tidak boleh dibangunkan secara kekal di sini. Jadi, apabila mempunyai pusat latihan di premis khas lebih mudah untuk menyediakan kemudahan kepada pelajar saya.

"Kini pusat latihan berkenaan di peringkat akhir untuk disiapkan dan akan memudahkan saya melaksanakan pelbagai program membabitkan seni pertahankan diri," katanya.


Katanya, apabila pusat latihan itu disiapkan kelak, dia ingin mengajak lebih ramai wanita menyertai kelas mempertahankan diri kerana ilmu itu amat berguna untuk kecemasan.

"Hari ini kita boleh lihat banyak laporan media mengenai menjadi mangsa pukul, diserang oleh penjenayah dan ada yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

"Saya melihat seni mempertahankan diri dalam kalangan wanita amat penting untuk melindung nyawa dan kehormatan diri sekiranya diganggu gugat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Katanya, seni mempertahankan diri bukan sekadar mengajar mengenai cara berlawan, tetapi ia mencakupi untuk kecergasan diri dari segi mental dan fizikal yang perlu seiring.

"Sebab itu, apabila saya mengajar wanita dalam seni mempertahankan diri, kita tidak meletakkan harapan mereka untuk berlawan, tetapi kemampuan melepaskan diri sekiranya berdepan dengan penyerang.

"Menerusi latihan seni mempertahankan diri ini kita akan melatih fizikal supaya lebih tangkas bergerak dan mempunyai cara pemikiran untuk melepaskan diri daripada penyerang," katanya.


Menurutnya, wanita di luar sana sekiranya mereka ingin menyertai kelas mempertahankan diri sama ada untuk menilai bakat dalam sukan silat olahraga atau mempertahankan diri, tidak perlu malu.

"Ketika ini banyak kelas atau akademi diwujudkan mereka yang berpengalaman. Seperti saya juga, yang sebelum ini adalah atlet kebangsaan dan status wanita yang dimiliki boleh menjadikan wanita lebih selesa untuk belajar," katanya. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.301071 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list