CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 558|Reply: 0

E-Invois bakal beri impak negatif kepada peniaga kecil bumiputera

[Copy link]
Post time 28-3-2025 10:53 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA –  Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menzahirkan kebimbangan pada ketidaksamarataan dalam pelaksanaan E-Invois yang  mana  perniagaan kecil dalam talian harus mematuhi garis panduan tersebut tetapi perniagaan fizikal dalam ambang pendapatan yang sama pula diberi pengecualian.


Pengerusinya, Syahrin Hamdan berkata, setiap perniagaan harus diberikan peluang yang setara kerana  pelaksanaan e-invois mandatori ini dijangka memberi impak besar kepada perniagaan kecil bumiputera, terutamanya yang beroperasi secara tidak formal melalui platform dalam talian dan e-dompet.


Pihaknya juga mempersoalkan ketidakseimbangan dasar antara perniagaan digital dan fizikal.


“Walaupun perniagaan fizikal yang berpendapatan di bawah ambang tertentu masih menerima pengecualian, ramai peniaga dalam talian walaupun beroperasi pada skala kecil, terpaksa mematuhi e-invois kerana data transaksi mereka lebih mudah dijejaki secara digital.


“Bukan semua usahawan digital mempunyai entiti berdaftar atau sistem akaun yang lengkap. Mereka mungkin mencatatkan jumlah jualan yang tinggi, tetapi keuntungan sebenar adalah kecil selepas mengambil kira kos iklan, logistik, dan bayaran platform,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Syahrin menegaskan, dasar baharu ini boleh menimbulkan cabaran besar kepada usahawan digital yang masih dalam fasa awal perniagaan mereka dan ramai daripada mereka, khususnya golongan muda dan wanita, bergantung kepada platform dalam talian untuk menjalankan perniagaan, tanpa struktur perakaunan yang formal.


Tambah beliau, keperluan e-invois mandatori boleh menyebabkan penutupan perniagaan kecil yang tidak mampu menanggung kos pematuhan dan teknikal.


“Tanpa langkah sokongan yang bersasar, terdapat risiko ketirisan dalam kalangan usahawan ini, yang mungkin memilih untuk terus beroperasi dalam ekonomi tidak formal atau di luar radar.


“Langkah peralihan yang drastik tanpa pertimbangan realiti di lapangan boleh menyekat pertumbuhan perniagaan kecil Bumiputera dalam jangka panjang,” katanya.


Selain itu, Syahrin menerangkan kos pematuhan yang tinggi juga menjadi isu utama yang mana keperluan integrasi dengan e-dompet, serta khidmat akauntan profesional adalah beban tambahan yang boleh menghalang penyertaan PKS bumiputera dalam ekonomi digital kerana ramai masih berada di fasa awal digitalisasi.


“Kita bakal melihat mereka akan menangguhkan atau mengelakkan peralihan ke platform digital rasmi, kehilangan kelebihan daya saing kerana masa dan tenaga lebih tertumpu kepada pematuhan, bukan inovasi,” tambahnya.


Beliau memaklumkan,  banyak perniagaan kecil beroperasi dengan margin yang sangat kecil dan  sebahagiannya sekadar cukup untuk menampung kos hidup pemilik.


“Apabila diminta untuk berbelanja tambahan untuk, lesen perisian, Sistem Point-of-Sale (POS) yang mampu menjana e-invois automatik, khidmat akauntan atau jururunding cukai, ia boleh membebankan dan mengurangkan keupayaan mereka untuk bersaing dari segi harga, pemasaran atau pertumbuhan produk,” ujarnya.


Sehubungan itu, MTEM menggesa agar satu kajian lebih mendalam dijalankan bagi menilai impak sebenar dasar ini terhadap perniagaan kecil, khususnya dalam kalangan usahawan bumiputera.


Cadangan dasar dan memorandum juga boleh dikemukakan kepada  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi berkaitan untuk mempertimbangkan penyelesaian yang lebih adil dan inklusif. -KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.301324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list