CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 528|Reply: 0

Rai 1 Syawal penuh kesyukuran, hidupkan silaturahim

[Copy link]
Post time 28-3-2025 01:11 PM | Show all posts |Read mode

ISNIN atau Selasa, Syawal akan menjelma. Meraikan 1 Syawal sebagai hari raya perkara dituntut dalam agama kerana ada dua hari raya besar dalam Islam iaitu Aidilfitri disambut pada 1 Syawal dan Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

Perkara ini dinyatakan menerusi hadis Nabi SAW bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan kepada kamu dua hari terbaik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha". (HR Ahmad)

Dalam meraikan Aidilfitri, beberapa perkara berikut wajar ditinjau. Antaranya semangat keterlaluan mahu menyambut Syawal sehingga tidak menghiraukan lagi amalan dilakukan sepanjang Ramadan.

Contohnya, tidak peduli ibadat sunat dilakukan sepanjang Ramadan seperti membaca al-Quran dan sedekah.

Rugi bagi seseorang yang apabila Ramadan berlalu pergi, namun dirinya masih tidak mendapat keampunan Ilahi.

Dalam riwayat hadis dinyatakan sesiapa yang tidak meninggalkan bercakap bohong, maka ibadat puasanya tidak diterima. Bercakap bohong dalam riwayat hadis itu mungkin merujuk akhlak keji dengan skop lebih luas. Maka rugilah jika ibadat tidak diterima.

Antara perkara perlu ditinjau ialah sikap merayakan Syawal sebulan untuk berhari raya. Perkara ini tidak salah, namun sudah bertukar menjadi tradisi seolah-olah wajib dan berlebihan apabila pelbagai pihak berlumba-lumba mengadakan sambutan hari raya.

Zaman Nabi SAW sudah dimaklumi bahawa sambutan dan membesarkan Aidilfitri adalah pada 1 Syawal dan selepas itu, kehidupan harus berjalan seperti biasa.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur". (Surah al-Baqarah. ayat 185)

Kemudian tradisi masyarakat Islam di negara kita adalah berhari raya pada 1 Syawal sebelum diisi amalan menziarah keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai beberapa hari awal Syawal.

Namun, kini sehingga akhir Syawal, terdapat lagi sambutan hari raya. Maka wajar diperhalusi sedikit supaya ajaran agama yang asal tidak tercemar atas nama sambutan hari raya.

Maka dicadangkan sambutan hari raya adalah acara sampingan, di samping acara utama lain apabila tarikhnya semakin jauh daripada 1 Syawal.

Antara perkara wajar ditinjau ialah beberapa kelakuan tidak selaras dengan ajaran agama. Contohnya, berpakaian tidak menutup aurat, mencolok mata, pergaulan keterlaluan antara lelaki dan wanita bukan mahram dan sebagainya.

Sebagai hamba Allah, kita perlu menjaga batas hukum ditetapkan dalam agama supaya tidak mengundang kemurkaan Tuhan.

Antara perkara lain yang wajar ditinjau ialah sikap individu untuk makan secara melampau. Perkara ini dilakukan kononnya atas nama agama yang menghalalkan makan minum dengan qada makan minum ditinggalkan pada siang hari sepanjang Ramadan atas alasan mahu 'membalas dendam'.

Perkara lain wajar diteliti ialah hubungan kita dengan masjid, surau dan al-Quran selepas Ramadan. Biasanya kita mampu hadir ke masjid atau surau setiap malam pada Ramadan, namun mula menjarakkan diri selepas Syawal menjelma.

Biasanya kita rajin membaca al-Quran pada Ramadan, namun menjauhkan diri daripada al-Quran pada hujung Ramadan. Kita beruntung kerana mampu hadir ke masjid dan surau sepanjang Ramadan, namun berada dalam kerugian besar apabila menjauhkan diri dari masjid dan surau apabila masuknya Syawal.

Kita beruntung kerana mampu membaca al-Quran pada Ramadan, tetapi menjadi golongan rugi apabila tidak membaca al-Quran selepas Ramadan.

Selain itu, umat Islam perlu muhasabah diri jika dijemput atau hadir ke majlis sambutan hari raya supaya menjaga akhlak dan tutur kata.

Hari ini, ada tetamu yang tidak bertegur sapa ketika berkunjung ke majlis sambutan hari raya atau rumah terbuka.

Sebaliknya kehadiran diisi dengan makan minum, acuh tidak acuh terhadap perbualan atau berat mulut bertanya khabar dan berkenalan.

Sebaliknya, ramai yang sibuk membelek telefon bimbit sepanjang masa walaupun berada pada majlis rumah terbuka hari raya.

Ziarah hari raya tidak diisi dengan perkara sepatutnya seperti beramah mesra, bertanya khabar, berdoa dan saling mendoakan kesejahteraan.

Rasulullah bersabda: "Sesiapa ingin dilapangkan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik selepas kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim". (HR Bukhari)

Syawal menjelma lagi dan umat Islam sepatutnya menyambutnya dengan keinsafan dan akhlak mulia. Kita mesti kekal sebagai hamba Tuhan sepanjang masa, bukan menjadi hamba Tuhan hanya pada Ramadan.

Meraikan hari raya hendaklah diisi dengan penuh kesyukuran dan acaranya memuji Allah, di samping mempereratkan silaturahim.

Penulis adalah Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia


Sumber:BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 38716 Replies : 84

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049195 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list