CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 630|Reply: 0

Inovasi Dr Nazlina

[Copy link]
Post time 28-3-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode

PERTEMUAN dengan wanita hebat ini membuatkan penulis kagum dengan kepakarannya dalam bidang fesyen tekstil.

Ilmunya dalam bidang itu sangat tinggi hingga mampu menghasilkan ratusan inovasi di luar kotak menerusi gabungan tiga elemen iaitu tekstil, kejuruteraan dan sains.

Kehebatan itu mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila satu inovasi terbaharunya menghasilkan pakaian untuk warga emas memenangi Anugerah Inovasi Wanita di Korea Selatan, baru-baru ini.

Profesor Madya Dr Nazlina Shaari, 54, dari Jabatan Reka Bentuk Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, beliau meneroka ilmu itu apabila melanjutkan pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan kansei dan reka bentuk artifak di Chiba Universiti Jepun.

Menurutnya, sepanjang pengajian itu beliau ditempatkan di fakulti kejuruteraan dan mula mencabar dirinya mengadaptasi sesuatu yang baharu.

"Kansei ialah falsafah reka bentuk daripada Jepun yang berkaitan emosi dan deria.

"Di Jepun, kajian yang dilakukan adalah lebih menjurus terhadap impak produk kepada enam deria manusia termasuk emosi.

"Kemudian produk ini direka semula supaya pengguna merasakan ia mempunyai fungsi maksimum, memudahkan urusan dan menggembirakan mereka," katanya.

Katanya, warga emas memiliki ketidakupayaan untuk memakai baju atau memasang butang pakaian, terutama yang mempunyai masalah lumpuh sebelah tangan.

"Keaadan ini mencetuskan idea mencipta pakaian khas untuk warga emas supaya mereka boleh memakai pakaian itu sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Inovasi pakaian ini adalah satu bentuk senaman untuk warga emas menjadi sihat melalui gerakan anggota badan ketika memakai pakaian," katanya.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, sebelum mencipta pakaian itu, beliau terlebih dahulu membuat penyelidikan ke rumah orang tua di Malaysia dan Jepun.

"Hasil penyelidikan itu menemui masalah yang serupa di rumah orang tua berkenaan (Malaysia dan Jepun) iaitu kesukaran warga emas memakai pakaian sendiri.

"Maka kejuruteraan kansei diguna pakai dalam penghasilan pakaian khas untuk warga emas terbabit," katanya.

Menurutnya, jenis fabrik pakaian ini adalah daripada kapas kerana menyerap peluh dengan berkesan. Ia sangat sesuai untuk kegunaan warga emas dan menjadikan mereka lebih selesa.

"Saya gembira menghasilkan inovasi kerana ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.

"Ini satu impian saya angankan ketika kecil iaitu mahu menjadi pereka fesyen yang boleh membantu masyarakat.

"Perjalanan awal kerjaya ini bermula dengan melanjutkan pengajian dalam seni reka dan seni lukis di Universiti Teknologi Mara (UiTM),"katanya.

Jelasnya, kemudian beliau meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Reka Bentuk Tekstil di United Kingdom sebelum menyambung PhD dalam bidang kejuruteraan kansei dan reka bentuk artifak di Chiba Universiti Jepun.

Ditanya mengenai pembabitan wanita dalam bidang reka bentuk dan seni bina di Malaysia, beliau berkata, pada masa ini jurang itu masih besar kerana selalunya bidang terbabit diberi keutamaan kepada lelaki.

"Hakikatnya tidak perlu ada sentimen sebegitu kerana dalam bidang berkenaan, wanita semakin kehadapan menghasilkan idea kreatif, berani bersuara dan sebagainya.

"Sekiranya wanita diberikan peluang, mereka lebih berjaya dan melakar banyak kejayaan.

"Peluang kerjaya dalam bidang seni reka dan seni bina atau reka bentuk perindustrian ada banyak, cuma peluang itu kepada wanita terhad.

"Ini dikaitkan dengan sentimen wanita selepas mendirikan rumah tangga tidak berminat meneruskan kerjaya," katanya.

Katanya, senario sekarang berbeza yang mana kebanyakan wanita memilih bekerja berbanding menjadi suri rumah sepenuh masa. Tambahnya, di UPM sendiri ramai pensyarah wanita lebih menonjol berbanding lelaki. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.139517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list