CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 537|Reply: 0

Ramai salah faham tempoh Lailatul Qadar hanya dua pertiga malam... Rupanya berlaku lebih awal!

[Copy link]
Post time 27-3-2025 01:24 PM | Show all posts |Read mode
ADA yang beranggapan ganjaran pahala malam Lailatul Qadar hanya boleh direbut melalui ibadah yang dilakukan pada dua pertiga malam sahaja.

Tanggapan itu menyebabkan ramai menumpukan amalan pada tengah malam sehingga awal pagi semata-mata ingin mengejar fadilat berkenaan.

Namun apa yang mereka tidak tahu, tempoh malam Lailatul Qadar sebenarnya bermula daripada terbenamnya matahari pada waktu Maghrib sehingga terbitnya fajar pada waktu Subuh.

Menurut pendakwah Ustaz Hariri Daud, segala amalan kebaikan yang dilakukan sepanjang tempoh berkenaan akan diterima dan mendapat ganjaran yang sama besar di sisi Allah.

"Malam Lailatul Qadar bermula lepas waktu maghrib dan berakhir sebelum subuh.

"Jadi, apa sahaja ibadah yang kita buat daripada Maghrib sampai Subuh, itu dianggap amalan Lailatul Qadar. Ia tak semestinya dua pertiga malam sahaja.

"Sembahyang Maghrib berjemaah, berbuka puasa dengan anak-anak, baca doa sebelum berbuka puasa, sembahyang Isyak berjemaah.

"Kemudian kita buat sembahyang tarawih dan witir lalu bangun pula buat qiyamulail serta bersahur pagi, itu semua akan dikira," jelasnya menerusi satu sesi podcast yang dimuat naik di TikTok.

Tambahnya lagi, wanita yang uzur juga berpeluang memperoleh ganjaran yang sama atas setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

"Kalau orang yang datang haid, perkara yang dilakukan misalnya memasak atau menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga, berselawat, berzikir atau membaca buku agama itu semua dikira ibadah," ujarnya.- mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.034741 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list