CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

Dunia automotif Shu, Iffah

[Copy link]
Post time 26-3-2025 09:46 AM | Show all posts |Read mode

NALURI wanita cenderung tertarik kepada sesuatu yang memaparkan ciri-ciri keanggunan dan kecantikan.

Namun, tidak bermakna dalam dunia automotif yang didominasi lelaki tiada langsung pembabitan kaum hawa.

Buktinya kunjungan penulis ke Cendana Auto R&D dan Manufacturing Center iaitu kilang membuat kenderaan berprestasi dan berkeperluan tinggi menampilkan dua tonggak tenaga wanita yang menjadi tulang belakang syarikat terbabit.

Anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor, Siti Nur Shufiah Mad Kamal mempunyai peranan penting selaku jurutera kawalan kualiti syarikat terbabit.

Gadis berusia 30 tahun itu tidak kekok dengan rutin hariannya memerlukan dia memeriksa setiap bahagian kenderaan sehingga ke sekecil-kecil skru sebelum sampai ke tangan pemilik.

Katanya yang mesra disapa Shu, dia sangat menyukai kerjayanya yang memiliki peranan penting baik terutama memastikan keselamatan kenderaan bakal digunakan pengendali atau agensi yang menggunakannya.

"Peranan wanita tidak kurang penting dan kredibiliti apabila turut berada dalam industri automotif dan tidak boleh dipertikaikan sumbangan mereka.

"Selama empat tahun dalam industri dan bekerja dalam skop sebagai 'gate keeper' iaitu memantau kualiti setiap kenderaan keluar daripada kilang adalah tanggungjawab sangat besar.

"Apabila saya berada dalam jabatan ini, tiada alasan untuk saya memilih melakukan tugas lebih ringan.

"Saya cuba buat tugasan diamanahkan sebaik mungkin. Atas faktor itu, menjadi pemeriksa kenderaan yang memaksa saya memanjat atau baring di bawah kereta tidak menjadi masalah," katanya.

Menyentuh layanan diterima apabila perlu bekerja atau berdepan dengan jabatan teknikal dan kejuruteraan rata-ratanya lelaki, dia mengakui ada waktu tertentu sukar berkomunikasi kerana berlainan jantina.

"Dalam apa juga pekerjaan, lumrah ada konflik atau masalah ketika bekerja. Saya cuba guna pendekatan lebih diplomasi untuk capai keputusan.

"Bukan mudah untuk saya dalam keadaan tertentu mengarah pekerja lelaki yang jauh berpengalaman menurut cadangan atau saranan saya.

"Biasalah ego dan saya perlu buktikan isu tertentu dengan pengetahuan dan fakta yang membolehkan pendapat diterima.

"Seperti di sini, ada juga persepsi dalam kalangan tenaga kerja iaitu 'wanita tidak tahu sangat mengenai kereta.'

"Tetapi, saya buktikan dengan kerja keras hasil ketekunan mendalami semua istilah teknikal dan apa juga berkaitan kenderaan selama dua tiga bulan, berjaya menguasai semuanya.

"Rakan sekerja termasuk juruteknikal berkaitan sama ada pemasangan, pendawaian dan kimpalan barulah mengakui kredibiliti sebagai jurutera kawalan kualiti," katanya.


Cabaran sedemikian bagi Shu boleh mendorong wanita melangkaui zon selesa apabila bekerja.

"Saya bersyukur majikan iaitu pengurusan syarikat banyak memberi peluang dan ruang untuk saya, pekerja wanita meneroka potensi diri.

"Sebenarnya saya mulanya jabatan lain tukar ke unit teknikal dan kejuruteraan kerana tertarik dengan kerumitan dan keremehan dalam pekerjaan ini.

"Sebenarnya wanita memiliki lebih banyak kelebihan apabila berada dalam dunia yang didominasi lelaki seperti industri automotif," katanya.

Hal itu disokong rakannya yang juga pereka gaya atau estetika kenderaan, Nurul Iffah Mohd Ghazali, 26.

Dulu skop tugasnya hanya mereka kandungan material korporat dan cenderahati, kini beralih kepada rekaan kenderaan.

"Peringkat saya ialah cuba hasilkan visual untuk jurutera teknikal automotif mendapat gambaran kenderaan sebelum siap.

"Saya biasanya menjadi perantara untuk jurutera dengan klien dan itu antara cabaran sangat mencabar.

"Peralihan tugas itu mengambil masa sebulan dan saya perlu memahami istilah dan spesifikasi kenderaan supaya dapat menjalankan kerja dengan berkesan.

"Mujur saya memiliki kumpulan sokongan termasuk pengurusan sangat optimis dan senior sangat prihatin memudahkan proses menguasai kemahiran baru berlangsung dengan lancar.

"Saya ambil masa sebulan untuk bergerak sendiri tanpa dibantu dalam menyiapkan rekaan kereta klien," katanya.

Mengenai sisi 'maskulin' bidang automotif mungkin kontra sisi feminin dalam dirinya, kata graduan rekaan industri Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu, ia tidak pernah menjadi masalah buat dirinya.

"Saya rasa sebagai pereka wanita dalam industri didominasi lelaki iaitu automotif, ada kelebihan terutama dalam elemen estetik dan kosmetik.

"Wanita memiliki kehalusan tersendiri apabila menghasilkan rekaan kenderaan. Namun, itu yang memberi kelainan terhadap model dihasilkan pereka lain yang lebih suka menonjolkan sisi maskulin.

"Contoh rekaan atau 'bayi' pertama saya iaitu Vector dipamerkan dalam Pameran Defence Services Asia (DSA) dan National Security (Natsec) Asia 2024 lalu meraih reaksi sangat positif.

"Pilihan saya iaitu model kenderaan taktikal yang memilih warna perang pasir itu mendapat perhatian pengunjung dan delegasi negara luar," katanya.

Kehadiran wanita menurut Nurul Iffah tidak kurang penting, malah kelebihan ialah mereka oleh menonjol disebabkan pesaingan kurang.

"Saya lihat wanita tidak ramai dalam industri automotif, tetapi tidak bermakna tiada permintaan.

"Saya percaya peluang lebih besar untuk wanita menyertai industri automotif apatah lagi yang memiliki pengetahuan, pengalaman dan minat," katanya.- Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036365 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list