CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24430|Reply: 0

Ilham suai padan gaya di hari lebaran, beg klasik dan versatil jadi pilihan

[Copy link]
Post time 13-3-2025 08:44 PM | Show all posts |Read mode

Sebagai jenama gaya hidup global yang mengangkat mesej feminine, moden dan keceriaan; koleksi Kate Spade saban musim senantiasa ditunggu-tunggu oleh para peminatnya.

Himpunan musim bunga kali ini juga tidak kurang hebatnya apabila dua rekaan beg baharu mula diperkenalkan.

Beg tangan yang dinamakan Deco dan Grace menjadi highlight khusus untuk bulan lebaran ini, dengan siluet klasik yang begitu versatil buat pelengkap gaya tatkala menyarung busana raya.

Deco, yang pertama kali diperkenalkan pada musim luruh 2024, direka elegan, praktikal malah kaya fungsi.

Rekaannya minimalis berinspirasi Art Deco, huruf K dijadikan gancu berbentuk geometri.


Ciri utama beg Deco terletak gaya pemakaiannya yang crossbody dengan tali rantai boleh laras dalam bentuk segi empat tepat.

Manakala variasi rekaan lain turut menampilkan kemasan sama, malah hadir dalam warna pistachio, hitam serta taupe.

Sesetengah tekstur disertakan hiasan sulaman eyelet pada kulit atau fabrik tweed dalam rona pastel lembut.

Sementara itu, beg Grace yang kian menjadi edisi klasik buat Kate Spade, diperbaharui dengan dua stail yang lebih sofistikated iaitu pochette dan beg sandang.  

Dengan kehalusan seni pembuatan yang teliti, Grace menampilkan gabungan antara kekemasan struktur dan gaya yang elegan. —Majoriti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
travel information
kukuku45travel information
Views : 708 Replies : 0
travel
AKUI89travel
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji bol lala
kukuku45bhatt ji bol lala
Views : 910 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202356 Replies : 4036
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 5281 Replies : 1
Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”
Skyline_84Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang
Views : 17495 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060876 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list