CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7065|Reply: 0

Dulu jual ais kepal, aiskrim kon 1 yuan di wilayah miskin China, anak keluarga petani kini pengasas minuman Mixue

[Copy link]
Post time 12-3-2025 08:40 PM | Show all posts |Read mode

SEKITAR dua dekad lalu, sebuah restoran sederhana di tengah-tengah salah satu wilayah termiskin di China menyaksikan perniagaannya berkembang pesat selepas menjual aiskrim kon pada harga 1 yuan (RM0.61).

Hari ini, perusahaan tersebut telah berkembang mengatasi McDonald's dan Starbucks sebagai rangkaian makanan dan minuman terbesar di dunia berdasarkan jumlah kedai.

Mixue Bingcheng, yang bermaksud bandar ais madu salji kini mempunyai lebih 45,000 cawangan di seluruh dunia setakat September lalu.

Gergasi minuman mesra bajet itu, yang kini terkenal dengan tawaran teh boba, menyaksikan saham melonjak lebih 40 peratus pada hari pertama ia didagangkan di Hong Kong baru-baru ini, selepas mencapai nilai $444 juta (RM1.98 bilion dalam tawaran awam permulaannya, menurut Bursa Saham Hong Kong.

Ia merupakan penyenaraian terbesar di Hong Kong setakat tahun ini dan kelima terbesar sepanjang tahun lalu.

Dengan minuman istimewanya berharga antara 2 hingga 8 yuan (RM1.23 hingga RM4.91), Mixue telah menarik pangkalan pelanggan besar di seluruh China sejak diasaskan di wilayah Henan hampir tiga dekad lalu.

Dilahirkan dalam keluarga miskin, pengasas Mixue, Zhang Hongchao berkata, dia menggunakan pendekatan strategi yang mudah untuk perniagaannya.

"Biarkan orang di seluruh dunia makan dengan baik dan minum dengan baik untuk hanya dua dolar Amerika," katanya dalam satu temu bual bersama media negara China sebelum ini.

Kemudahan capaian terhadap produknya itu kekal sebagai tarikan terbesar Mixue, terutamanya apabila pasaran dalam negerinya bergelut dengan kemelesetan ekonomi.

Menurut prospektus dalam penyenaraian sahamnya, lebih 99 peratus kedai Mixue adalah cawangan yang difrancaiskan.


Sementara itu, kebanyakan pendapatannya datang daripada penjualan bahan makanan, peralatan dan bungkusan kepada pemegang francaisnya.

Keuntungan bersih Mixue melonjak 42 peratus kepada 3.49 bilion yuan (RM2.14 bilion) dalam sembilan bulan pertama 2024 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada masa sama, pendapatan Mixue turut meningkat 21 peratus kepada 18.7 bilion yuan (RM11.49 bilion) dalam sembilan bulan pertama 2024 berbanding tempoh sama pada 2023.

Perniagaan bantu keluarga

Ditubuhkan di Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan, Mixue pada asalnya beroperasi sebagai kedai ais kepal pada 1997.

Kejayaannya tidak datang dengan serta-merta.

Menurut media kewangan, Caijing, Hongchao dan adik-beradiknya berasal dari keluarga petani.

Sebagai pelajar kolej yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup, beliau membina mesin ais kepal dan mula menjual hidangannya tersebut di bawah nama Coldsnap.

Usaha itu tidak berjaya, dan beliau kemudiannya beralih kepada membuka sebuah restoran dengan nama Mixue.

Pada 2005, beliau menyediakan kaunter makanan ringan di hadapan restoran, menjual kon aiskrim berharga 1 yuan.

Hidangan murah tersebut segera menjadi tarikan dengan orang ramai berpusu-pusu ke kedainya.

Tidak lama kemudian, restorannya berkembang sehingga membuka kepada sebanyak 20 cawangan.

Strategi penetapan harga rendah itu membolehkannya memenangi pelanggan dalam kalangan pelajar serta golongan berpendapatan rendah di beberapa bandar China yang agak kurang membangun.

Selepas itu, Mixue menambah menu minuman boba apabila populariti hidangan tersebut mencanak tinggi di seluruh negara.

Pada 2017, Hongchao menambah jenama kopi di bawah perniagaannya yang dikenali sebagai Lucky Cup.

Mixue seterusnya berkembang pesat, bermula dengan kurang daripada 10,000 kedai pada 2019.

Adik lelaki Zhang, Zhang Hongfu, menyertai Mixue pada 2007 dan menjadi pengasas bersama syarikat tersebut.

Hongfu kini memegang peranan selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) Mixue selepas abangnya tidak lagi terlibat dalam operasi harian.

Menurut Indeks Billionaire Bloomberg, penjualan saham itu memberikan Hongchao dan Hongfu kekayaan keseluruhan sebanyak $8.1 bilion (RM36.18).

Perkembangan itu menjadikan nilai kekayaan kedua-duanya lebih tinggi daripada Howard Schultz yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Starbucks, yang kini bernilai lebih daripada $6 bilion (RM26.80 bilion).


Dengan memanfaatkan skala besar operasinya, syarikat itu menyasarkan untuk mengatasi pesaing dalam pasaran teh yang sangat kompetitif di China, yang dijangka meningkat kepada $66.5 bilion (RM297 bilion) menjelang 2027, menurut Securities Times milik kerajaan.

Hampir 90 peratus kedai dan sub-jenama Mixue berada dalam China. Cawangan luar negaranya berada di rantau Asia Pasifik, termasuk Indonesia, Vietnam dan Malaysia. — Agensi


Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037536 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list