CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36585|Reply: 1

Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia - Gogolook

[Copy link]
Post time 3-3-2025 08:48 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berdepan ancaman siber yang semakin membimbangkan apabila mencatat kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan negara Asia yang dikaji, menurut Laporan Tahunan Whoscall 2024 yang dikeluarkan oleh Gogolook.

Lebih memburukkan keadaan, panggilan penipuan di negara ini melonjak sebanyak 82.81 peratus pada tahun lalu, mencerminkan peningkatan mendadak berbanding tahun sebelumnya. Laporan ini turut menunjukkan bahawa kebocoran maklumat peribadi menjadi faktor utama yang mendorong peningkatan kes penipuan dalam talian.

Menurut laporan itu, 72.5 peratus pengguna Malaysia yang menyemak status keselamatan mereka melalui ciri ID Security Whoscall mendapati bahawa data mereka telah dikompromi.


Pengarah Pembangunan Perniagaan Gogolook Malaysia, Voon Chang Liew, berkata kebocoran data ini membolehkan penipu menyamar sebagai pihak berkuasa atau institusi kewangan dengan lebih meyakinkan.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia kini berada di tangga teratas dengan kadar kebocoran nama yang tinggi iaitu 89 peratus, diikuti oleh alamat dan e-mel. Keadaan ini menjadikan taktik penipuan lebih berkesan kerana penipu memanfaatkan maklumat yang bocor untuk menyamar sebagai bank, agensi kerajaan atau syarikat penghantaran.

Katanya, dengan butiran peribadi yang mudah diperoleh, penipu dapat melancarkan serangan penipuan yang lebih bersasar, termasuk panggilan palsu dan e-mel pancingan data (phishing).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, pula mendedahkan bahawa kerugian akibat penipuan siber di Malaysia melonjak kepada RM1.57 bilion pada 2024, meningkat daripada RM1.22 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, penipuan berasaskan kecerdasan buatan (AI) semakin sukar dikesan, termasuk penggunaan video deepfake selebriti dan ahli politik untuk memperdaya mangsa dalam pelaburan palsu serta perangkap pancingan data. Jenis penipuan ini semakin sukar dikesan, terutamanya bagi golongan warga emas yang sering menjadi sasaran kerana mereka mempunyai simpanan kewangan yang lebih besar.

Beliau turut memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Whoscall bagi berkongsi pangkalan data nombor penipuan yang telah disahkan, sekali gus membantu orang ramai mengenal pasti panggilan mencurigakan dengan lebih pantas.

Menurut laporan itu, taktik penipuan utama yang digunakan di Malaysia sepanjang 2024 melibatkan panggilan penipuan yang sering membabitkan penyamaran sebagai pihak bank atau kutipan hutang, selain penipuan SMS yang kebanyakannya berkaitan perjudian serta pancingan data melalui pautan berbahaya yang menyamar sebagai halaman pendaftaran untuk mencuri maklumat pengguna.

Whoscall, sebuah aplikasi anti-penipuan berkuasa AI yang mendapat sokongan PDRM, membantu pengguna mengenal pasti panggilan penipuan, menapis SMS mencurigakan serta mengesan pautan berbahaya secara langsung.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 03:32 AM | Show all posts
Kebocoran data peribadi yang tinggi seperti ini memang menekankan betapa pentingnya langkah berhati-hati, terutamanya bila menguruskan urusan sensitif seperti pet relocation canada. Kesedaran awal boleh mengurangkan risiko penipuan secara signifikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.121397 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list