Sakit mata dan disifatkan memalukan, perkongsian itu lantas menjadi bahan kecaman dan tazkirah netizen.
Lebih pedas, ada yang mendakwa pelakon filem Petua Nenek itu kini sendu dan terpaksa mencipta kontroversi dek kebulur perhatian.
“Kenapa perlu berpakaian begini? Rasa macam tak kena, sudah sudah la tu, awak bukannya muda lagi, bertaubatlah,” tegur seorang pengguna TikTok.
“Dottie memang berbakat, tapi kalau boleh, lebih elok berpakaian sopan, lagi pun apa sangat yang mahu ditunjukkan. Memalukan,” tambah seorang lagi.
“Dulu popular sebab bakat, sekarang dah sendu terpaksalah pakai seksi walaupun hauk,” luah seorang netizen.
Tidak cepat melatah, Dottie membalas komen dengan tenang dan terbuka.
Di sebalik kritikan, masih ada peminat mempertahankan Dottie dengan menyeru orang ramai agar tidak terus menghukum.
Sumber: Kosmo