CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22785|Reply: 0

Bengang tengok mak bapak selamba makan- biarkan bayi menangis, bising dalam kedai makan

[Copy link]
Post time 24-2-2025 05:22 PM | Show all posts |Read mode


Selain hidangan yang enak, suasana tenang di sesebuah restoran juga penting dalam menaikkan selera pengunjung.

Namun seorang wanita tidak menyangka dia akan 'dihidangkan' dengan bunyi bising daripada bayi menangis.

Mengimbas kembali insiden itu, dia bagaimanapun terkejut melihat ibu bapa kepada bayi berkenaan tekun menjamah makanan tanpa mempedulikan anak mereka yang diletakkan di dalam kereta sorong (stroller).

"Saya nampak satu pasangan ni. Kedua-dua mereka tengah makan dengan tenang, manakala baby mereka merengek dalam stroller.

"Lama baby tu merengek tapi mak ayah budak tu terus tenang makan, buat tak tahu je anak dalam stroller. Saya yang tak tenang," ceritanya di laman sosial.

Bukan mahu menghakimi, namun dia mempersoalkan tindakan ibu bapa berkenaan membiarkan anak kecil meraung tanpa henti di dalam restoran sehingga menganggu ketenteraman pelanggan lain.

"Sorry kalau judge. Tapi saya tak akan biarkan baby saya merengek lama-lama macam tu," ujarnya.

Ketika kejadian, wanita itu turut berada di dalam restoran yang sama bersama suami dan anak kecil mereka serta keluarga mentuanya.

Namun dia mengambil pendirian untuk menjaga anaknya yang kebetulan sedang tidur ketika itu.

"Masa tu, saya pun tengah pangku baby saya yang sedang tidur, manakala suami dan keluarga makan.

"Boleh je tunggu. Suami suap saya selepas itu," ujarnya.

Pada masa sama, timbul naluri keibuannya apabila tangisan bayi di meja pasangan suami isteri itu terus kedengaran tanpa henti.

"Rasa nak pergi angkat baby tu dari stroller, tapi dah ada anak sendiri kat tangan," tambahnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan dan reaksi yang berbeza mengenai luahan wanita itu.

"Saya faham perasaan awak, sebab saya pun jenis tak biar baby saya menangis lama-lama. Kalau dengar baby orang lain menangis rasa macam nak pergi tenangkan pula. Kadang baby bukan nak apa pun, nak duduk dalam dakapan hangat mummy dia je.

"Serba tak kena sekarang jadi mak ayah ye. Orang nak makan dengan tenang pun kena judge. Makan memang literally boleh tunggu tapi kalau memang tunggu lama tapi baby masih merengek? Jadi teruskan saja makan dan handle anak tu kemudian," komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046917 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list