CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19671|Reply: 0

Romania catat lonjakan jangkitan pernafasan, kes influenza

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:56 AM | Show all posts |Read mode


BUCHAREST: Romania merekodkan jumlah jangkitan pernafasan dan kes influenza yang tinggi, melebihi 170,000 kes di seluruh negara antara 27 Januari dan 2 Februari, kata Menteri Kesihatan Alexandru Rafila pada Khamis, menurut Xinhua.

Bercakap pada sidang media, Rafila memaklumkan lebih 12,500 kes influenza telah didiagnosis secara klinikal, sekali gus mendorong mobilisasi sumber kesihatan.

Bagi menangani lonjakan kes, pihak berkuasa telah meletakkan 300 pusat perubatan untuk diagnosis dan rawatan pesakit luar, manakala kes yang lebih serius akan dirujuk ke hospital.

Menteri itu menggesa orang ramai mengambil langkah pencegahan, termasuk mengelakkan kawasan sesak dan memakai pelitup muka sekiranya bergejala.



Beliau turut menekankan kepentingan vaksinasi influenza, dengan 1.7 juta dos telah diedarkan melalui farmasi, sambil menyatakan kadar vaksinasi yang lebih tinggi diperlukan bagi membendung penularan.

Meskipun peningkatan kes jangkitan, Rafila menolak kemungkinan penutupan sekolah, sebaliknya menggalakkan pemantauan ketat serta pengasingan pelajar yang bergejala.

Beliau mengakui bahawa penutupan kelas mungkin berlaku dalam kes tertentu, namun menegaskan bahawa penutupan sekolah secara menyeluruh tidak seharusnya menjadi langkah utama.

Setakat 2 Februari, Romania telah mencatat 35 kematian berkaitan influenza, termasuk 13 kematian baharu dalam tempoh pelaporan terkini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.264009 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list