CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8362|Reply: 27

[Tempatan] Waktu Bekerja Berlainan perlu ditangguhkan, elak lebih ramai doktor tinggalkan hospital kerajaan - Dr Akmal

[Copy link]
Post time 17-1-2025 09:32 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa sistem waktu bekerja berlainan (WBB) yang bakal dikuatkuasakan kepada pekerja penjagaan kesihatan awam, ditangguhkan.

Beliau berkata, jika WBB dikuatkuasakan, lebih ramai doktor akan keluar daripada terus berkhidmat di hospital kerajaan.

Katanya, terdapat ketetapan dalam sistem itu jika syif tugas doktor ditukar untuk bekerja selama 18 jam dari jam 3 petang hingga jam 9 pagi keesokannya, mereka tidak mendapat elaun 'on call'.

"Maksudnya ada 18 jam (waktu bekerja) dan 18 jam ini tidak dikira 'on call', bermakna dia kena kerja ini

"Saya nak tanya siapalah yang buat ni? Tahu tak yang (waktu bekerja) jam 3 (petang) sampai 9 pagi, 18 jam kerja. Kerja tengah malam ini tak sama macam kita yang kerja daripada jam 8 pagi ke 5 petang," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, doktor hanya dibenarkan mendapat elaun 'on call' sekiranya mereka bekerja 18 jam untuk syif jam 3 petang hingga 9 pagi pada cuti umum dan hujung minggu sahaja.

"Macam mana kita nak hargai doktor? Sudahlah doktor tak ramai.. buat macam ini lagi ramailah doktor kita keluar esok," katanya,

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata beliau bersetuju dengan sebarang penambahbaikan dalam sistem penjagaan kesihatan awam, namun WBB bukan penambaikan yang diharapkan.

"Saya nak ucapkan terima kasih juga kepada Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad), tadi YB Dr Dzul menyatakan bahawa sistem ini langsung tidak dirujuk kepada beliau.

"Dia pun tak tahu tapi ini surat dah keluar dan sudah berkuat kuasa. Dalam (surat) ini tulis sudah berkuat kuasa serta merta dan bila tarikh surat dikeluarkan.

"Dan dalam ini juga (surat), sudah tulis sistem WBB sudah dibentangkan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) pada bulan lalu (Disember).

"Jadi macam mana ni? Celaru betul kita ni.. kita mintalah sistem ini ditangguhkan dahulu," katanya.

Menerusi hantaran sama, Dr Muhammad Akmal turut menunjukkan satu dokumen bertajuk Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) Fasa Pertama bertarikh 10 Januari yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara kandungan surat itu menyebut WBB diluluskan untuk projek Fasa Pertama oleh Ketua Setiausaha KKM pada 3 Januari lalu di beberapa jabatan di hospital terpilih.

Antaranya, Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Azizah (NICU/PICU), Jabatan Perubatan Hospital Slim River, Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Putrajaya dan Jabatan Ortopedik Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Melaka.

Terdahulu, Dr Dzulkifly hari ini dilaporkan berkata sistem syif baharu untuk pekerja penjagaan kesihatan awam masih di peringkat cadangan dan belum mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.

"WBB sebenarnya adalah satu cadangan yang masih di peringkat cadangan. Apa pun ini (hanya) cadangan, masih dalam status cadangan dan belum sampai kepada saya, (apatah lagi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Malangnya semacam didedahkan, mungkin sengaja didedahkan. (Apa pun) saya belum lagi meluluskan cadangan ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan Murid Sekolah di Putrajaya, hari ini.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini menyuarakan kebimbangan pelaksanaan WBB untuk pekerja penjagaan kesihatan awam akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada, menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan dan menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

Sistem perintis itu dikatakan boleh menyebabkan kerugian pendapatan bagi pegawai perubatan dan pakar.

Di bawah sistem baharu ini, elaun 'on-call' pada hari bekerja tidak akan diberikan dan syif malam akan dianggap sebagai waktu kerja biasa dalam tempoh 45 jam seminggu.


Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 09:55 AM | Show all posts
kesiannn..dh la ckup org..eh ade baca ktner tah lupe katanye syarat nk jd nurse dh di longgarkn ckit
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 10:17 AM | Show all posts
kelip2_07 replied at 17-1-2025 09:55 AM
kesiannn..dh la ckup org..eh ade baca ktner tah lupe katanye syarat nk jd nurse dh di longgarkn ckit

ada nampak iklan dalam group WA taman, kata ada panggilan khas utk 2025/2026 x silap. syarat dilonggarkan. sbb dah byk kekosongan jururawat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 10:23 AM | Show all posts
kesian pekerja2 kesihatan.. mmg non stop org sakit skrg ni,..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 10:31 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 17-1-2025 10:17 AM
ada nampak iklan dalam group WA taman, kata ada panggilan khas utk 2025/2026 x silap. syarat dilon ...

yee btl
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha, abih kacau bilau fraternity....

Xtau lah isu ni sbb nk cut bajet, atau konon nk kurangkan waktu bekerja doktor....

Percayalah, doktor x kisah dgn sistem sekarang, tp kenalah pertimbang naikkan bayaran elaun oncall tu, terutama oncall weekend/public holiday..... Masa oncall cuti tu beban kerja bertambah double triple, tp elaun oncall lebih beringgit2 jer.....

Btw, aku selalu kata, kerja doktor ni in real life x seteruk yg umum bayangkan, sbb umum dok nmpk doktor pelatih jer dlm wad, dorg mmg looong working hours sbb tgh internship lg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2025 11:07 AM | Show all posts
ptot la ramai Dr nk pindah KK.. kesian yg keje dkt hospital..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannnnn apa la masalah ditekan² dorang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini Malaysia ni. Kerjaya yg paling dihargai ialah ahli politik sbb dorang yg buat undang2 negara ini. Nasib la sp srh x jd ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok dah abis baca input dari sesi townhall KKM..... Nmpk objektif KKM mmg jelas turang bundurang nk atasi masalah long working hours di kalangan petugas kesihatan...

Dgn sistem lama, kerja doktor yg oncall pada hari biasa adalah sepanjang 33 jam, iaitu 8pg-5ptg waktu kerja hakiki, kemudiannya sambung 5ptg-8pg esoknya yg dikira waktu oncall, then disambung balik kerja 8pg-5ptg waktu kerja hakiki....

Jadi dgn sistem baru ni, x ada lg sampai 33 jam, max pun 24 jam saja......

Sistem ni pun flexible, dah dinyatakan dlm pekeliling ianya diselaraskan ikut lokaliti dan kekangan manpower, yg cukup manpower boleh implement yg x cukup boleh carry on yg sekarang jer.....

Dan as expected, bila baca komen2 di medsos ramai melenting sbb kemungkinan oncall claim jadi kurang (biarpun rate ditambah)..... Doktor mmg sanggup jer oncall asalkan dpt bayaran yg setimpal (setimpal pada dorg lah....)

Ada yg pertikai rate oncall katanya RM9/h saja, padahal bagi aku rate yg ada sekarang iaitu RM200/oncall tu dah munasabah dah utk weekday, cuma weekend patutnya at least RM500/oncall sbb workload mmg berganda..... Dlm sistem WBB ni rate oncall weekend naik kpd RM275/oncall, oklah dari sblom ni RM220/oncall jer walaupun bagi aku fair rate at least RM400/oncall....

One thing, aku rasa dari bagi flat rate utk oncall maybe kena adakan mechanism bayaran yg lebih utk dept2 yg mmg sibuk mcm medical, sbb mcm x fair rate yg sama dgn dept2 yg santai mcm dept ophthal (mata), ORL (telinga tekak dan mulut) padahal oncall medical ni mcm namatey punya bz.....

Apapun aku setuju jer adakan pilot dulu sistem ni, tp bagi yg komitmen dikira dgn elaun oncall sblom ni, mmg melentinglah sbb byk cut....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 17-1-2025 10:48 AM
Hahahaha, abih kacau bilau fraternity....

Xtau lah isu ni sbb nk cut bajet, atau konon nk kurangkan ...

Iols yg gerun bila anak iols ada ckp nk amik medic lps spm nnt...gerun sbb keje teruk xde life...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ler apa susah. Dari ko asyik sibuk naikkan gaji penjawat awam lain yang rata2 ramai malas2, ko kasi aje gaji tinggi dekat doktor untuk on call. Tak payah la kasi2 duit tambahan dekat pesara ke haper.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 18-1-2025 07:10 AM
Ler apa susah. Dari ko asyik sibuk naikkan gaji penjawat awam lain yang rata2 ramai malas2, ko kasi  ...

Ntahnya..dengan ahli politik yg mmg dah dipilih rakyat supaya jd wakil rakyat kt parlimen tu dgn gaji plis elaun bagai..elaun kehadiran la..ptt tsk yah dah elaun kehadiran tu...ptt tak hadir potong gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-1-2025 07:08 AM
Iols yg gerun bila anak iols ada ckp nk amik medic lps spm nnt...gerun sbb keje teruk xde life...

Ngarut jer xder life, ok jer kerja doktor ni....

Yg timbul sistem ni sbb doktor2 dok wat citer sedih nk minta up elaun oncall lah ni, justify guna citer keja 33 jam straight....

Nak amekaw,, kerajaan ubah sistem no more oncall sampai 33 jam,, tp claim bersyarat lah.....

Xder life kononn
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 18-1-2025 07:49 AM
Ngarut jer xder life, ok jer kerja doktor ni....

Yg timbul sistem ni sbb doktor2 dok wat citer se ...

Peliknya org2 yg buat citer ni..menyebabkan ramai takut nk apply medic walaupun layak..sudahnya negara kekurangan tenaga doktor kat hospital gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ko pilih nak jadi doc hadaah long working hours ke apa. Nak glamor sangatkan.

Batch2 awal takda pun merungut serupa budak2 skrg ni. Manja sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-1-2025 07:59 AM
Peliknya org2 yg buat citer ni..menyebabkan ramai takut nk apply medic walaupun layak..sudahnya ne ...

Some of the dept mmg suffer, tu pun time oncall jer.... X oncall kerja 8-5 mcm biasa...

Yg oncall tu pun bleh claim bkn saja2
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lampuled at 18-1-2025 08:23 AM
mejaputih replied at 18-1-2025 07:08 AM
Iols yg gerun bila anak iols ada ckp nk amik medic lps spm nnt...gerun sbb keje teruk xde life...


Kalau mmg dia nak ambik atas kerelaan dia sendiri dan mmg jiwa dan minatnya kearah situ silalah support. Yang penting dia kenapa faham nawaitu nk pilih bidang ni sbb nak bantu sesama manusia bkn sbb aim gaji, pangkat dan title. InsyaAllah dia akan jd doktor berjaya.

Yang risaunya kalau anak tak minat, jiwa kearah lain tp parents yg push utk ambik medic. Anak tak minat. Masa belajar stress sbb susah ditambah tak minat. Dh masuk keje kena duduk dlm environment yg bkn diaorg impikan itu yg skrg jd semua keje takde passion bila berdepan dgn patients. Itu yg asyik rasa tak berbaloi.
Untuk keje² kemanusiaan mcm doktor and cikgu tlg la jgn push anak² kalau tak minat. Rugi kpd negara nnti. Rugi utk diri diaorg juga kena kerja dlm keadaan tak minat.
Parents seronok ank dpt title Dr, cikgu tp anak keje tak  enjoy,stress impak dia akan terkena pada masyarakat.

So kalau anak yg mmg ada passion ni tlg support and guide diorg utk berkhidmat. Keje sebahagian drp lifestyle. Kalau kita suka apa yg kita buat takkan rasa keje tu bebanan. Just my 2cents.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku kerajaan takde duit
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Warwar dulu pikir kemudian.. cam eshe le
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.069100 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list