View: 85246|Reply: 48
|
[Dunia]
Nahas Azerbaijan Airlines: 28 terselamat. Pesawat dibedil oleh Russia?
[Copy link]
|
|
Edited by ultra78 at 26-12-2024 01:10 PM
Nahas Azerbaijan Airlines: 28 terselamat
Oleh KOSMO!
25 Disember 2024, 6:43 pm
Anggota kecemasan berada di lokasi nahas. - AMU TV
ASTANA – Seramai 28 orang cedera apabila sebuah pesawat Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan pada hari ini, demikian menurut pihak berkuasa negara itu.
Saluran berita Amu TV melaporkan, pesawat Embraer 190 yang dalam perjalanan dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny, Russia itu membawa 62 penumpang dan lima anak kapal.
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan mengesahkan bahawa perkhidmatan bomba memadamkan kebakaran di lokasi nahas, manakala mangsa yang cedera termasuk dua kanak-kanak, dibawa ke hospital berdekatan.
“Menurut maklumat awal, 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital,” kata kementerian itu.
Tambahnya, 150 pekerja kecemasan berada di tempat kejadian.
Rakaman dron dari tempat kejadian menunjukkan kenderaan kecemasan mengelilingi serpihan pesawat dan apa yang kelihatan seperti mayat mangsa.
Azerbaijan Airlines berkata, penerbangan J2-8243 terpaksa melakukan pendaratan cemas kira-kira 3 kilometer dari Aktau, sebuah bandar di pantai timur Laut Caspian.
Maklumat awal dari badan pemerhati penerbangan Russia menunjukkan bahawa perlanggaran dengan kawanan burung mungkin menyebabkan juruterbang cuba mendarat.
Pihak berkuasa Kazakhstan mengumumkan penubuhan suruhanjaya kerajaan untuk menyiasat nahas itu. – AGENSI
Update 26/12/2024
Russia bedil pesawat Azerbaijan Airlines?
Oleh KOSMO
26 Disember 2024, 12:31 pm
ASTANA – Rakaman penerbangan Azerbaijan Airlines yang terhempas semalam menunjukkan lubang mencurigakan pada fiuslaj atau badan pesawat, membawa kepada spekulasi kapal terbang itu ditembak oleh Russia.
Laman berita Mail Online melaporkan bahawa penerbangan membawa 62 penumpang dan lima kru itu terhempas dekat bandar Aktau, barat Kazakhstan.
Pesawat itu dalam perjalanan dari ibu kota Azerbaijan, Baku menuju ke bandar Grozny di Russia.
Imej radar penerbangan menunjukkan pesawat terbabit melalui Republik Dagestan di perairan Laut Capsian sebelum hilang dan terdedah kepada sistem pertahanan udara Russia.
Pesawat itu muncul kembali dalam radar kira-kira sejam kemudian dan terbang rendah berdekatan barat Kazakhstan sebelum terhempas.
Sebelum kemalangan, kru kabin turut melaporkan mendengar bunyi kuat pada badan pesawat.
Mereka menganggap pesawat itu merempuh kawanan burung.
Namun siasatan awal mendapati bunyi kuat itu berpunca daripada letupan tangki yang membekalkan oksigen pada kokpit.
Penyahtekanan secara tiba-tiba itu menyebabkan kerosakan ketara pada badan pesawat.
Wartawan Wall Street Journal, Yaroslav Trofimov berkata, spekulasi media Russia termasuk pertahanan udaranya menyangka pesawat berkenaan ialah dron Ukraine.
Pesawat jenis Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines itu dikatakan cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Grozny di Chechnya.
Ketika itu Grozny berdepan serangan dron Ukraine.
Pesawat itu bagaimanapun dilarang mendarat dengan alasan cuaca berkabus.
Pegawai keselamatan turut melaporkan bahawa pertahanan udara Chechen melepaskan tembakan ke arah dron Ukraine dengan sekurang-kurangnya sebuah dron meletup.
Banyak persoalan dibangkitkan termasuk sama ada pesawat itu terhempas akibat terkena tembakan anti-dron ketika cuba mendarat di Grozny.
Pihak berkuasa di Kazakhstan berkata mereka menyiasat semua kemungkinan termasuk masalah teknikal, lapor agensi berita Interfax Rusia.
Angka terkini menunjukkan 22 daripada 29 mangsa yang terselamat sedang dirawat di hospital dengan tujuh daripada mereka parah, manakala sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas tercampak keluar dari badan pesawat.
Penerbangan Embraer E190AR dengan nombor pendaftaran 4K-AZ65 itu menghantar isyarat kecemasan pada ketinggian 2,125 kaki di atas Laut Caspian. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila amik video secara portrait mode...aishh. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Freezies at 25-12-2024 07:27 PM
Innalillah.
Syukur ada yang selamat.GWS. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ada yg selamat.mesti trauma dh nak naik kapal terbang lps nih!mcm makcik aku .. klu x ke bandung ,jakarta,padang,thailand sokml.. sekali tu flight dia patah balik x ckup minyak ke hape ntah dia ckp...berjam2 terbang rendah kat laut je.. ngeri katanya! aku ajak dia mkn angin .. terus x nak dah! |
|
|
|
|
|
|
|
Ai selalu la naik flight tambang murah samada AA @ Ffly tue once a year..mcm acara rutin la sebelum nie..last year bulan Nov ai sefamily fly ke KK..pergi ok..time balik terbulance manjah2 ja ngan sedikit hujan..seat ai selalu ai pilih sayap suka tgk..masa terbulance manjah2 tue sayap dok gegar2 membuai2..kecut perot toksah cakap..dok fikir laluan flight mostly laut..ai x reti berenang la..anak ai baru 12 tahun la..husband ai pandai berenang but kalau injured mcm mana..gitu sekali ai punya over thinking..so tahun nie tinggal lagi 6 hari jah..xde acara fly mana2..trauma ngengada ai tak hilang lagi..
So ai respek for those yang travel arround the world belas2 jam dalam flight dengan hepinya..ai penakut nak mampos..masa kapal terbang speed kat runaway nak dapatkan V1 tue and masa touchdown.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laju betul masa nak mendarat
Kalau tengok Cara menjunam Dan letopan ingatkan semua meninggal
Kuasa Allah sungguh Ada mangsa Yang selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Barebow77 replied at 25-12-2024 08:12 PM
Ai selalu la naik flight tambang murah samada AA @ Ffly tue once a year..mcm acara rutin la sebelum ...
kalau ada kes crash mcm ni mmg ketor lutut tobak taknak p mana2, kalau tgk kemalangan darat ngeri pun sama kalau blh nak dok umah je la.
tapiiii cukup masa utk holiday lupa semuanya
masuk flight tggu first meal tgk muvi sat then krohhhhh. anak iols takdan makanan sampai zzzz dah. gitu la sokmo2.
harapnya kita dijauhi kecelakaan sebegini.
iols baru tgk video crash..dgn meletop gitu ingatkan semua mati yg keluar hidup tu nmpk mcm elok takde luka teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur ada yg selamat. Takziah pada mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
ada video pakcik passenger mengucap dalam plane before crash kat reddit. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 25-12-2024 08:47 PM
kalau ada kes crash mcm ni mmg ketor lutut tobak taknak p mana2, kalau tgk kemalangan darat ngeri ...
Hehehe..itulah..tunggulah acah2 trauma dah hilang..pakej jeles member sedara mara fly merata...lupa abis segala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Standard reaksi bila plane crash acik2 takut nak terbang tapi bila ada road crash jarang ada yang kata takut dah nak naik kereta.
Double standard ka tak ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah fly wide body tak? Kalau long haul feeling dia lain berbanding fly 737 or A320 ke Borneo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Barebow77 replied at 25-12-2024 07:12 PM
Ai selalu la naik flight tambang murah samada AA @ Ffly tue once a year..mcm acara rutin la sebelum ...
Bila naik plane, just fikir kalau dah memang time ajal menjemput, maka mati. Kalau belum, maka sampailah ke destinasi. Kalau belum ajal tp accident, jadi mcm yg survive crash ni. Ajal xleh tau dan ajal ialah antara takdir yg xboleh diubah. Lepas tu reda and enjoy the flight or tidur or makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Time tubulance boleh org sblh tidur dgn aman, masa tu flight spt bas terbang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka ada yg selamat
alhamdulillah
semoga takde trauma |
|
|
|
|
|
|
|
Barebow77 replied at 25-12-2024 08:12 PM
Ai selalu la naik flight tambang murah samada AA @ Ffly tue once a year..mcm acara rutin la sebelum ...
Kalu mcm tu, next time cuols naik flight, jgn pilih window seat utk elakkan fikir yg bukan2 semasa dlm flight. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 25-12-2024 08:47 PM
kalau ada kes crash mcm ni mmg ketor lutut tobak taknak p mana2, kalau tgk kemalangan darat ngeri ...
Alhamdulillah ada yg masih hidup dlm crash flight nie, kuar Allah kan.
Meols kalu naik flight, bila dah cukup jer org kat deret seat meols, mata meols terus kuyu, nak tido. Meols suka duduk aisle seat kalu long haul flight. |
|
|
|
|
|
|
|
bangun pagi layan news, ada kesan shrapnel pulak dekat tail section. sebelum tido malam tadi suspected bird strike. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah
Tak sangka ada yg selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|