View: 92600|Reply: 27
|
[Tempatan]
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
[Copy link]
|
|
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
Oleh Alias Abd Rani - Disember 24, 2024 @ 7:32pm
[email protected]
Mohd Fazren menunjukkan bekalan kelapa diperolehnya yang kini berkurangan. - NSTP/ALIAS ABD RANI
BATU PAHAT: Kenaikan harga santan ketika ini dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri tahun depan susulan kekurangan bekalan kelapa tempatan dan juga import dari Indonesia, menurut peniaga bahan makanan itu, di sini.
Seorang peniaga terbabit, Mohd Fazren Jemain, 33, berkata pihaknya difahamkan eksport kelapa dari Indonesia turut mendapat permintaan tinggi daripada Thailand, justeru dipercayai menjadi antara faktor ramai peniaga santan di sekitar daerah ini kini berdepan isu penurunan bekalan hingga 50 peratus.
"Sehubungan itu, peniaga santan tidak dapat memberi jaminan harga santan akan kekal kerana bekalan berkurangan dan harga kelapa naik mendadak," katanya ketika ditemui di Pasar Awam Batu Pahat.
Malah, beliau yang mewarisi perniagaan bapa mentuanya sejak 33 tahun lalu mendakwa, harga kelapa tempatan turut naik hingga mencecah RM2,800 satu tan berbanding sekitar RM1,700 sebelum ini, sekali gus menyukarkan peniaga untuk mengekalkan harga jualan biasa.
"Kos sebiji kelapa boleh mencecah RM2.80 dan untuk mendapat sekilogram santan memerlukan sekurang-kurang empat biji kelapa. Jika didarabkan, kosnya paling tidak RM11 lebih, itu belum termasuk kos penghantaran dan sebagainya.
"Tambahan pula, kelapa tempatan sudah berkurangan kerana musim melawas (buah tidak menjadi). Dalam setiap tan kelapa import diperoleh pula, mesti ada buah yang rosak sehingga memberi kesan kepada keuntungan peniaga.
"Oleh itu, kami tidak pasti sama ada harga santan akan kekal jika keadaan ini berlarutan. Kami menjangka selepas Aidilfitri pun keadaan bekalan kelapa tetap sama atau semakin kurang. Masalah ini bermula September lalu dan paling ketara sejak bulan lalu," katanya.
Justeru, Mohd Fazren berkata, pihaknya tiada pilihan walaupun pelanggan merungut selepas beliau menaikkan harga santan daripada RM11 kepada RM12 sekilogram, semalam.
Penjual kelapa parut, Aziz Mohd, 58, turut senada mendakwa bekalan kelapa diperoleh kini terhad, sekali gus menyukarkan peniaga terbabit.
Malah, beliau mendakwa keadaan itu turut menyebabkan ada peniaga terpaksa 'tutup kedai' kerana tidak menerima bekalan berkenaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huh.....x de yg turun harga |
|
|
|
|
|
|
|
Fantasi pensokong satu ketika dulu hanyalah imaginasi orang gila
Semangat sungguh nak jatuhkan najib kunun2 najib zalim sengaja naikkan harga barang sebab nak beli handbag rosmah
Hebat sungguh hasutan zaman tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe...tak makan santan. Naik la lagi rega barang2 makanan yang lain. Naikkan la sampai rakyat Malaysia kurus makan |
|
|
|
|
|
|
|
Cth persatuan teruk yang sabotaj ekonomi negara |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu je jd zaman bee end dulu..mmg keje persatuan ni..tp balaci salahkan gomen lak masa tu
So skrg ni pandai pulak nampak sebenarnya salah persatuan tu sebab gomen kegemaran balaci dh kat atas?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bersederhana lagi bagus walaupun pada mana-mana musim perayaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp harga kelapa bulat gitu je.
sanggup lg import dari indon sana.
walau ramai org dh tanam sawit, kita org masih ada kebun kelapa. sbb sulam dgn tanam pisang.
kelapa kurang sbb byk kait masa muda. jd yg nk buat santan tu tkde.
untung tanam kelapa ni sbb byk kegunaan nya. sabut tu kilang beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekilo santan pekat tmpt iols rm17..
Huk3... |
|
|
|
|
|
|
|
berita standard 2 3 bulan sebelum ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-12-2024 09:17 AM
Sekilo santan pekat tmpt iols rm17..
Huk3...
Sama kat tempat i, dr dulu lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya harga barang makanan akan naik la tahun depan...dia gtau awal suh siap sedia gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 25-12-2024 11:16 AM
Sama kat tempat i, dr dulu lg.
Ye ke..tempat iols.sebelum ni rm13
Now rm17
Adeh.
Tp buat nasi lemak guna santan oekat sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siyes aaa 2.80sen sebiji kelapa??
Aku dok jual 1.50 sen jer,siap kupas. |
|
|
|
|
|
|
|
patot la kelapa kat kampung abes kena curi |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-12-2024 02:53 PM
Ye ke..tempat iols.sebelum ni rm13
Now rm17
Adeh.
Eh jab jab.. Dlm range 15 ke 17 la camtu i baru beli a few weeks ago buat rendang tak ingat lak tp definitely tak kurang dr 15. Nasi lemak i pakai kotak tp rendang nak rasa lemak santan tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Naik la
Naik kanlaaa semuaanyaa
Btw iols guna santan kotak je
Sama m&s atau kara
Mcm kara tu sbb iols rajin join contest dorang so berbaloi la jugek kalau beli lebih pun
Tak menang hadiah utama merasa juga hadiah mingguan e wallet touch n go |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 25-12-2024 02:21 PM
Maksudnya harga barang makanan akan naik la tahun depan...dia gtau awal suh siap sedia gitu
Yelaa uols semua dh duk bg tau mulai minggu depan rega dah naik belaka
Baik makanan pakaian servis semua laaa
Yuran kelas tuisyen anak pun semua pakat naik dah atas alasan gaji minima
Percaya laaa yuran tadika taska pengasuh bagai pun semua naik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang paling celaka, time xde stok harga naik. Ok fine. Tapi bila stok da ada banyak balik, ada korang nak turunkan harga? |
|
|
|
|
|
|
| |
|