View: 15790|Reply: 102
|
[Tempatan]
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas lebuh raya Plus. #2, Nahas ngeri Melaka: Tayar lori tercabut punca 7 maut
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 24-12-2024 01:40 AM
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas lebuh raya Plus
https://m.malaysiakini.com/news/729745
Diterbitkan: Dec 24, 2024 8:09 AM
Dikemaskini: 8:15 AM
Tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz berkata nahas itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri tersebut membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
“Lima mangsa merupakan pemandu dan penumpang Toyota Estima, membabitkan dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan.
“Manakala dua lagi mangsa masing-masing seorang pemandu bas persiaran dan wanita yang merupakan penumpang bas tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Alor Gajah awal pagi tadi.
Beliau berkata kesemua jenazah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sementara itu Mohd Pisar berkata 17 mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka, 10 mangsa ke Hospital Alor Gajah dan enam lagi ke Hospital Pantai Ayer Keroh.
Beliau berkata mangsa mengalami pelbagai kecederaan dan polis masih mengenal pasti identiti kesemua mangsa terlibat.
Terdahulu Mohd Pisar berkata pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 8.45 malam, sebelum 27 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan insiden itu mengakibatkan kesesakan lebih 10 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.
- Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nahas ngeri Melaka: Tayar lori tercabut punca 7 maut
https://www.kosmo.com.my/2024/12 ... cabut-punca-7-maut/
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
24 Disember 2024, 9:16 am
Keadaan bas yang terlibat dalam nahas semalam.
MELAKA – Nahas ngeri yang mengorbankan tujuh nyawa termasuk lima sekeluarga di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) malam tadi berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong lorong tengah laluan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, sebanyak lima kenderaan terlibat termasuk sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, lori, treler dan Perodua Bezza.
Lima mangsa yang maut merupakan keluarga yang menaiki MPV Estima dikenali sebagai Khairul Izwan Mazupi, 32; isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak mereka, Muhammad Umar, 2, dan bapa, Ramli Ab. Wahab, 66, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.
Dua lagi anak pasangan itu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, terselamat, namun masing-masing dilaporkan parah serta mengalami kecederaan ringan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Melaka.
Dalam pada itu, turut maut adalah pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, dan seorang penumpang juga belum dikenal pasti identitinya.
Kesemua mangsa yang maut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian lori jenis Foton dan bas berkenaaan dalam perjalanan dari arah utara ke selatan, manakala tiga lagi kenderaan lain dari arah bertentangan.
Ujarnya, kemalangan berlaku selepas tayar hadapan sebelah kanan lori itu yang dipandu lelaki berusia 31 tahun dipercayai telah tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya.
“Sebaik tiba ditempat kejadian, pemandu bas persiaran itu telah melanggar tayar tersebut mengakibatkannya hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.
“Bas berkenaan kemudian merempuh sebuah Perodua Bezza menyebabkan ia terbabas ke lorong kiri dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan sebuah treler dan MPV jenis Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya, mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan semua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- KOSMO! ONLINE.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 24-12-2024 01:59 AM
TERKINI: Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas lima kenderaan
https://www.bharian.com.my/berit ... ahas-lima-kenderaan
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Disember 24, 2024 @ 7:48am
[email protected]
Bas persiaran yang terbabit dalam nahas lima kenderaan dan mengorbankan tujuh mangsa di Lebuhraya Utara Selatan dekat Alor Gajah, malam tadi. - Foto IHSAN POLIS
ALOR GAJAH: Tujuh orang termasuk kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini, malam tadi.
Setakat ini, seramai 33 mangsa turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata, nahas kira-kira jam 8.40 malam itu membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.
Katanya, siasatan awal mendapati sebuah lori dan bas masing-masing dipandu lelaki berusia 31 dan 56 tahun dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan.
Bas persiaran yang terbabit dalam nahas lima kenderaan dan mengorbankan tujuh mangsa di Lebuhraya Utara Selatan dekat Alor Gajah, malam tadi. - Foto IHSAN POLIS
"Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kanan treler berkenaan tercabut dan berada di tengah-tengah lebuh raya.
"Kemalangan berlaku apabila sebuah bas terlanggar tayar itu dan pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
"Bas terbabit kemudian berlanggar dengan Perodua Bezza, menyebabkan kereta itu terbabas ke lorong kiri dan melanggar penghadang jalan.
Bas persiaran yang terbabit dalam nahas lima kenderaan dan mengorbankan tujuh mangsa di Lebuhraya Utara Selatan dekat Alor Gajah, malam tadi. - Foto IHSAN POLIS
"Bas itu kemudiannya bertembung dengan sebuah lagi treler dan sebuah Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ashari berkata, kejadian menyebabkan pemandu bas dan seorang penumpang serta pemandu Toyota Estima bersama empat penumpangnya disahkan maut di tempat kejadian.
Katanya, mayat semua mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
Mayat semua mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. - Foto ihsan pembaca
Semua kenderaan yang terbabit ditahan untuk dibawa ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan kenderaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Ashari berkata, setakat ini lima mangsa yang maut sudah dikenal pasti iaitu pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56, dari Skudai, Johor; pemandu Toyota Estima, Khairul Ikhwan Mazupi; isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar, dua tahun; dan bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66.
Katanya, identiti seorang penumpang bas dan dua lagi penumpang Estima yang maut belum dikenal pasti.
Tujuh orang termasuk kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini, malam tadi. - Foto IHSAN POLIS
Dua lagi anak pasangan itu, Muhammad Uwais Al-Qarni, tujuh tahun dan adiknya, Nur Sofea Humaira, empat tahun, dilaporkan cedera.
Masing-masing kini dirawat di Zon Merah dan Zon Kuning Hospital Melaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi Wainnailaihi Roji’un dan Al Fatihah untuk mereka.
Tuan admin mungkin boleh remove gambar IC mereka? Sedih saya tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah...nak bercuti tragedy pula...kesian kat org2 tak bersalah...yatim piatu 2 beradik tu... geramnya lori2 kat jalan ni...dorg byk punca org lain maut... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 24-12-2024 12:11 PM
Yang estima satu family tu sedara jauh aiols.. sian satu family tinggal anak je 2 beradik selamat.. tu pun kat ICU... dah selamat urusan jenazah2 kat bangi...
Tp ai sekeluarga plak tak sempat nak hadir... sbb tengah bercuti dgn family.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak waris saman company lori laknat sampai bankrap |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 24-12-2024 12:09 PM
Yang estima satu family tu sedara jauh aiols.. sian satu family tinggal anak je 2 beradik selamat.. ...
Kalau gini...meninggal semua pun takpe..bila ada anak kecik tinggal mcm ni..mmg sedih dia berganda2... |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 24-12-2024 12:16 PM
Kalau gini...meninggal semua pun takpe..bila ada anak kecik tinggal mcm ni..mmg sedih dia berganda ...
Tu pun kat icu sis 2 beradik tu... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 24-12-2024 12:16 PM
Kalau gini...meninggal semua pun takpe..bila ada anak kecik tinggal mcm ni..mmg sedih dia berganda ...
Sian kan yatim piatu..... adui.. jadi masa kitorg away... nak patah balik payah dah.. next week la gi melawat... innalillahi wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun...keluarga staf opis aku yg naik mpv tu |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
company lori malas nak selenggara lori la tu 6 bulan sekali kan...mahal katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah untuk seluruh keluarga terlibat.
Risiko ada utk setiap manusia ketika di jalanan
Bacalah segala doa perlindungan diri yang anda tahu
Sangat penting kekal dlm amalan itu dgn tujuan mintak perlindungan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
bila la nk spotcheck besar2an lori2 cibai ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai Abang Jamil mampos kejadian² macam ni sampai malas dah la nak komen. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 24-12-2024 12:09 PM
Yang estima satu family tu sedara jauh aiols.. sian satu family tinggal anak je 2 beradik selamat.. ...
Chuols, nnt minta tolong kongsikan number account salah sorang dua beradik tu boleh? Kesian nyaa…. إنا لله وإنا إليه راجعون… |
|
|
|
|
|
|
| |
|