View: 36415|Reply: 57
|
[Dunia]
Malas Jalan Kaki Budaya kito dan Indon:Rakyat Indonesia, Malaysia Dinobat Paling Malas Jalan Kaki Di Dunia
[Copy link]
|
|
Rakyat Indonesia dan Malaysia dinobatkan sebagai paling malas untuk berjalan kaki di dunia, menurut kajian global Universiti Stanford yang menyenaraikan negara-negara yang kurang aktiviti berjalan kaki.
Indonesia tempat pertama, Malaysia berada di kedudukan ketiga.
Ini bukan sekadar gurauan — data ini menunjukkan krisis aktiviti fizikal di rantau Asia Tenggara.
Kajian ini melibatkan 717,000 individu dari 111 negara di seluruh dunia dan mengambil kira jumlah purata langkah harian setiap individu.
Rakyat Indonesia hanya mencatat 3,531 langkah sehari, jauh lebih rendah daripada purata global, iaitu sekitar 5,000 langkah.
Malaysia pula hanya sedikit “lebih baik” dengan 3,963 langkah sehari, sekaligus meletakkan kita dalam tiga teratas senarai ini.
Senarai penuh “Top 10 Negara Paling Malas Berjalan Kaki” adalah seperti berikut:
Indonesia – 3,531 langkah
Arab Saudi – 3,807 langkah
Malaysia – 3,963 langkah
Filipina – 4,008 langkah
Afrika Selatan – 4,105 langkah
Qatar – 4,158 langkah
Brazil – 4,289 langkah
India – 4,297 langkah
Mesir – 4,315 langkah
Greece – 4,350 langkah
Menurut kajian ini, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kenapa rakyat di negara-negara terbabit malas berjalan.
Antaranya adalah laluan pejalan kaki sering kali digunakan untuk parkir motor, dijadikan lokasi berniaga, atau bahkan tidak wujud langsung di kawasan tertentu.
Selain itu, di Indonesia dan Malaysia, penggunaan motosikal dan kereta adalah lebih utama
Kebergantungan tinggi ini menjadikan berjalan kaki sesuatu yang dilihat tidak efisien.
Tambahan pula, faktor cuaca panas terik di negara tropika juga memainkan peranan.
Tetapi tahukah anda bahawa jumlah langkah harian yang rendah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan serius seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar setiap individu berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
Namun, dengan realiti yang ada, negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia masih jauh daripada sasaran ini.
Menurut pakar kesihatan, gaya hidup yang kurang sihat telah menjadi kebiasaan di kebanyakan bandar besar di Asia Tenggara, ditambah dengan ketiadaan kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlu menitikberatkan pembangunan infrastruktur mesra pejalan kaki.
Kaki lima yang yang lebih luas, selamat, dan bebas dari gangguan kenderaan adalah langkah pertama.
Selain itu, kempen kesedaran kesihatan perlu diperhebat untuk menggalakkan rakyat bergerak lebih aktif.
Di pihak individu pula, sudah tiba masanya kita semua mengambil langkah kecil untuk menambah jumlah pergerakan harian.
Berjalan kaki bukan sahaja percuma, tetapi juga baik untuk kesihatan dan alam sekitar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..iols punya steps setiap hari 7k ke atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab cuaca panas amat kat Msia ni..jln kaki bukan takat ketiak jaa basah..peha pun boleh melecet.. lg satu bahaya laa nk jln kaki kat Msia ni..kalau x dilanggar pemandu mabuk kena ligan dgn anjing gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo cuaca sini sama mcm New Zealand, ramai je org sanggup berjalan kaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lah semua pun negeri panas & berdebu
Makan kicap free hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
Both negara persamaan ialah lack of public transport. Kalau bina public transport, xbyk plak tempat berbumbung nk lalu. Tgh jalan, tiba2 jln berlubang la, ada halangan etc.
Kerjaan pon xmau buat bersungguh2 public transport ni sbb push jualan minyak n kereta national. |
|
|
|
|
|
|
|
Then persamaan negara dlm list tu is panas!! Meaning Greece patut letak plg malas |
|
|
|
|
|
|
|
Panas wehhh..mmg idak la nk jln kaki kt msia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss jalan kaki atas treadmill setiap ari 30minit pagi..petang 30minit kat taman... Nak p pagi kat taman Ade anjing...x nak iolss lari kn kejo gan anjing...p petang ajak anak lelaki bongsu...bgtau jom tgk awek...laju je siap...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aku laki bini selalu berjalan kaki sbb ulang alik kerja dgn MRT... kat ofis plak aku laki bini gi gym 45 mins, 2-3X per week.. kalo x sempat, workout kat gym rumah je lah on weekends....
Semoga berterusan diberi nikmat kesihatan....
Syukur dgn nikmat kesempurnaan anggota, kesihatan yg Allah bg... Syukur dgn nikmat freedom to choose... |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 17-12-2024 01:24 AM
Both negara persamaan ialah lack of public transport. Kalau bina public transport, xbyk plak tempat ...
Aiol pernah tegur laa masa meeting dgn geng2 strategy & biz dev developer tu sbb kes jem melampau sbb tak ikut townplanning& terlalu byk development naik uncontrolled tanpa amek kisah acccess road, public transport access.....
cuolz tau apa dev2 tu jawab? Depa ckp tu bukan masalah diorang, tu biar majlis perbandaran laaa tanggung, kita submit diorg approved...
The only developer yg bertanggungjawab is just SUNWAY
Lain2 mcm selfish gila
Patut MOT kasi laaa lesen permit bas ke dekat developer, dah alang2 penduduk bayar monthly fees strata tu... include laa cas operate bas dlm monthly fees.. tak rugi pun memudahkan urusan pembeli |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok la tempat2 yang ramai orang jalan kaki. Public transport pun power. Ni tempat pejalan kaki pun takde. Kalau jalan kaki macam nak membunuh diri aje lintas jalan. Takde signal dekat traffic light untuk pejalan kaki. Nak berdiri tepi jalan ada lecak la apa la. Sama la level dengan Indon sana |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu.. kat mesia ni nak jalan kaki pon takut..
klu kat tepi jln takut peragut..
klu kat taman2 takut perogol..
klu kat tepi2 blok bangunan, takut hanjeng...
mcm xde tempat je seswai nak jalan2..
sudahnya meol naik tangga je la hari2 naik opis tgkt 4..nak kasi cukup step.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malas itu salah satu faktor. Faktor lain adalah infrastruktur di Malaysia ni mmg prioritize untuk kenderaan persendirian. Maklumlah Malaysia ni ada industri kereta.
Jalan makin dilebarkan kononnya utk solve kesesakan tapi benda ni boleh backfires dan sebabkan kesesakan lebih teruk. Ini adalah classic mistake.
Apabila jalan dilebarkan,maka tiada ruang untuk bina laluan pejalan kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 16-12-2024 04:54 PM
Malas akan banyak excuses but aku tidak consider malas tetapi laidback... Thailand..laos.. Vietnam same climate tetapi depa slim and fit... Tiada dalam list... If busy bekerja acceptable |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu sama je macam Pribumi Indon |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bagus Singapore, jumlah langkah diorang sampai rosak mesin kira langkah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hish.. takde lah nak berjalan kaki dengan cuaca panas terik kat malaysia ni. Dulu2 masa sekolah bolehla. Masih cergas. Jauh jalan kaki nak pergi stesyen bas even masa tengah puasa pun ok lagi.
Tapi sekarang selain panas nak mampuih, banyak takutnya. Takut anjing, takut peragut, takut peraba (pernah kena), laluan pejalan kaki tak elok batu pecah-pecah, berlubang2, highway sana sini nak kena naik pedestrian bridge bila nak melintas. Eh...banyak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni setuju! kalau kt sini suhu mcm eropah sana sejuk dingin nyaman...mmg i pegi keje kayuh beskal je sbb rumah i dgn opis kalau drive lampu hijau dlm 10menit je.. kalau bawa motor lg la cpt..
|
|
|
|
|
|
|
|
Faktor terbesar, lack of facilities utk pejalan kaki + cuaca.
Dua2 menyumbang kepada malas.
Sbb tu rakyat malaysia bila gi travel,baru dapat 10k steps/day pun bangga kemain 
Putrajaya & cyberjaya je nampak ada facility ni. Tempat lain non hada, bergaduh la korang dgn bas, kereta & moto masa berjalan tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|